Citation
Mat Adbullah, Hani Kamariah
(2020)
Amalan federalisme dalam pentadbiran harta pusaka Islam di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pentadbiran dan pembahagian harta pusaka sememangnya memerlukan satu
proses dan prosedur yang teliti bagi mengelak sebarang penyelewengan
berlaku ke atas hak perwarisan waris atau benefisiari. Pelbagai institusi
pentadbiran dan pembahagian harta pusaka wujud bersama peruntukan
undang-undang yang mengiktiraf bidang kuasa di setiap peringkat proses
pentadbiran dan pembahagian terutamanya tuntutan harta pusaka melibatkan
orang Islam kesan dari ciri bentuk pemerintahan dan pentadbiran federalisme.
Permasalahan utama kajian berpunca daripada jumlah harta pusaka tidak
dituntut atau harta beku saban tahun meningkat berpunca dari kesadaran dan
komitmen waris. Membimbangkan lagi kepelbagaian institusi menjadi
penyumbang kepada faktor harta pusaka tidak dituntut kerana kekeliruan di
kalangan orang awam. Objektif kajian adalah menjelaskan sistem pentadbiran
dan pembahagian harta pusaka orang Islam merujuk amalan federalisme di
Malaysia, mengenalpasti bentuk federalisme yang sesuai diamalkan dalam
sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia
seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem pentadbiran
dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia. Metodologi kajian
berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual.
Hasil kajian mendapati sistem perundangan menurut ciri federalisme memberi
ruang kepada perlaksanaan kerjasama pentadbiran yang perlu dipergiat dan
ditambah baik dalam melancarkan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka
orang Islam di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |