UPM Institutional Repository

Pembangunan dan keberkesanan modul berayat matematik terhadap pencapaian matematik murid tahun empat sekolah rendah


Citation

Mohd Mokhtar, Mohd Azarul (2022) Pembangunan dan keberkesanan modul berayat matematik terhadap pencapaian matematik murid tahun empat sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelesaian masalah matematik berayat merupakan kemahiran yang sukar dikuasai. Walaupun terdapat pelbagai pendekatan heuristik yang boleh digunakan sebagai penyelesaian masalah matematik namun kajian ini menggunakan teknik mnemonik. Kajian ini membangunkan modul berayat matematik berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE (Analysis, Design, Develop, Implementation, Evaluation) yang menggunakan teknik mnemonik. Modul ini dikenali sebagai CLEAR (Circle, Line, Evaluate, Answer, Recheck). Selain itu, kajian ini menentukan keberkesanan modul CLEAR terhadap aspek kognitif murid. Reka bentuk kajian ujian pra-pasca kuasi eksperimen dijalankan di sebuah sekolah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor pencapaian murid sekolah yang menggunakan modul CLEAR berbanding murid yang menggunakan kaedah konvensional dalam ujian pasca dan ujian pasca tertangguh. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan skor min kemahiran menyelesaikan masalah yang mana murid sekolah yang mengunakan modul CLEAR lebih baik berbanding murid yang menggunakan kaedah konvensional bagi ujian pasca dan ujian pasca tertangguh. Bagi pengetahuan konseptual, terdapat perbezaan signifikan skor min pengetahuan konseptual ujian pasca dan ujian pasca tertangguh terhadap penggunaan modul CLEAR di mana murid kumpulan rawatan mempunyai pengetahuan konseptual lebih baik berbanding dengan murid kumpulan kawalan. Murid yang menggunakan modul CLEAR mempunyai pengetahuan konseptual yang lebih baik berbanding murid yang menggunakan kaedah konvensional. Aspek pengetahuan prosedural pula menunjukkan murid kumpulan rawatan mempunyai pengetahuan prosedural lebih baik berbanding dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pasca tertangguh. Dapatan analisis kesilapan menunjukkan peratus kesilapan murid yang menggunakan kaedah konvensional lebih tinggi berbanding murid yang menggunakan modul CLEAR dalam ujian pasca. Dapatan temu bual murid menunjukkan murid berasa seronok dan dapat meningkatkan motivasi mereka terhadap matematik. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan penggunaan modul CLEAR dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik pecahan. Ini menunjukkan penggunaan modul CLEAR diakui sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan minat dan pencapaian mereka dalam matematik terutamanya dalam topik pecahan. Kajian ini memberikan sumbangan kepada pendekatan strategi pengajaran yang baru dalam pendekatan berasaskan modul sebagai amalan PdPc matematik di sekolah rendah.


Download File

[img] Text
MOHD AZARUL BIN MOHD -IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Mathematics - Study and teaching
Subject: Mathematical ability in children
Subject: Mathematics - Study and teaching (Primary)
Call Number: IPM 2022 10
Chairman Supervisor: Profesor Ahmad Fauzi bin Mohd Ayub, PhD
Divisions: Institute for Mathematical Research
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 07 Sep 2023 07:54
Last Modified: 07 Sep 2023 07:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104546
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item