Nilai Dan Penerima Gunaan Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Terpilih Dalam Kalangan Belia Orang Asli Di Bukit Lanjan Dan Pulau Carey Selangor

Wan Ismail, Wan Ahmad Amir Zal (2009) Nilai Dan Penerima Gunaan Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Terpilih Dalam Kalangan Belia Orang Asli Di Bukit Lanjan Dan Pulau Carey Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
9Mb

Abstract

Belia Orang Asli senng dikaitkan sebagai golongan yang menentang dan sukar menerima pembangunan. Dalam masa yang sama, penerimaan atau penolakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dihubungkaitkan dengan nilai yang dipegang oleh mereka. Namun, persoalannya, adakah belia Orang Asli menggunakan ICT? Apakah yang mendorong belia Orang Asli menggunakan ICT dalam kehidupan harian mereka? Apakah nilai yang dipegang oleh belia Orang Asli? Sejauh manakah nilai mempengaruhi belia Orang Asli untuk menerima ICT? Oleh demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan dan dorongan menggunakan ICT terpilih dalam kalangan belia Orang Asli Bukit Lanjan dan Pulau Carey Selangor. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti nilai belia Orang Asli terhadap ICT terpilih dan seterusnya menghuraikan nilai belia Orang Asli terhadap ICT dalam mempengaruhi penerima gunaan ICT. Kajian ini menggunakan kaedah deduktif dengan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif bagi mencapai objektif pertama dan kedua. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi mencapai objektif ketiga serta menggunakan reka bentuk survei. Seterusnya data kualitatif digunakan untuk menghuraikan data kuantitatif bagi mencapai objektif kajian keempat. Seramai 200 orang responden, iaitu belia Orang Asli Bukit Lanjan dan Pulau Carey telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Manakala 24 orang dari jumlah tersebut dipilih sebagai informan bagi menjalankan penyelidikan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan dengan menggunakan borang selidik yang mengikut format skala Likert, manakala kaedah kualitatif menggunakan pendekatan triangulasi data yang diperoleh melalui temu bual mendalam, temu bual kumpulan berfokus dan pemerhatian tanpa turut serta. Hasil kajian menunjukkan belia Orang Asli menggunakan ICT dalam hidup mereka, namun penggunaan tersebut bergantung pada jenis ICT. ICT yang mudah seperti televisyen dan telefon bimbit kebanyakannya digunakan oleh belia Orang Asli. Manakala bagi ICT yang kompleks dan memerlukan pengetahuan serta kemahiran yang khusus kurang digunakan oleh belia Orang Asli. Bagi dorongan menggunakan ICT, terdapat empat dorongan utama yang mendorong belia Orang Asli menggunakan ICT, iaitu keperluan dalam hidup, ingin membangun, ingin mendapatkan maklumat baru dan kewangan keluarga. Belia Orang Asli dari kedua-dua lokasi berbeza tersebut juga mempunyai nilai yang sarna terhadap ICT, iaitu nilai rangsangan, nilai keselamatan, nilai keakuran, nilai universalisme dan nilai hedonisme. Dari sudut yang lain pula, nilai yang dipegang oleh belia Orang Asli mempengaruhi mereka untuk menerima ICT. Manifestasi nilai dapat dilihat melalui tingkah laku

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Youth in development - Bukit Lanjan - Pulau Carey
Chairman Supervisor:Sarjit Singh Darshan Singh, PhD
Call Number:IPSS 2009 1
Faculty or Institute:Institute for Social Science Studies
ID Code:7081
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:08 Jun 2010 01:36
Last Modified:27 May 2013 07:33

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.