Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Penggunaan Sistem Maklumat Pelajar Berasaskan Komputer di Maktab Perguruan

Abd Latib, Nizam (2004) Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Penggunaan Sistem Maklumat Pelajar Berasaskan Komputer di Maktab Perguruan. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
107Kb

Abstract

Penyelidikan ini adalah usaha untuk mengetahui sejauh mana tahap penggunaan SMP dan kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan SMP dilihat dari segi manfaat kepada individu dan manfaat kepada organisasi. Reka bentuk penyelidikan adalah korelasi-deskriptif dan data dihimpun dengan menggunakan soal selidik. Penyelidikan ini mematuhi kaedah tinjauan yang menggunakan teknik persampelan kelompok untuk memilih 160 responden. Kadar respons adalah 100%. Perangkaan deskriptif dan statistik inferens digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa tahap penglibatan pengguna SMP di maktab perguruan dan tahap masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SMP di maktab perguruan adalah rendah. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pengguna tentang SMP, tahap kepuasan pengguna tentang penggunaan SMP dan tahap kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan adalah sederhana. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor demografi dengan kejayaan penggunaan SMP dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman pengguna tentang penggunaan SMP dengan kejayaan penggunaan SMP. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang yang signifikan antara tahap masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SMP dengan kejayaan penggunaan SMP, terdapat hubungan yang signifikan antara kekuatan SMP dengan kejayaan penggunaan SMP dan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengurusan pentadbir maktab perguruan dengan kejayaan penggunaan SMP. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keperluan latihan di antara maktab perguruan yang dikaji dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SMP di antara maktab perguruan yang dikaji. Analisis regresi berganda cara langkah demi langkah (stepwise) menunjukkan bahawa tiga dari sembilan faktor yang dikaji memberi sumbangan yang signifikan kepada kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan iaitu kualiti sistem, kepuasan pengguna dan gaya pengurusan pengurus berasaskan pekerja.Berdasarkan dapatan kajian, satu model untuk memahami penyelidikan tentang kejayaan penggunaan SMP di maktab perguruan dicadangkan. Penyelidikan ini mencadangkan bahawa pengguna perlu mendapatkan latihan kemahiran yang sempurna supaya boleh memahami dengan jelas peranan dan kepentingan penggunaan SMP di maktab perguruan di samping mendapat sokongan daripada pihak yang terlibat dalam projek pemasangan SMP di maktab perguruan iaitu pihak Bahagian Teknologi Maklumat and Komunikasi, pihak Bahagian Pendidikan Guru dan pihak Maktab Perguruan. Akhir sekali dikemukakan juga cadangan lain untuk amalan dan penyelidikan selanjutnya.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Information storage and retrieval systems.
Subject:Management information systems.
Chairman Supervisor:Professor Madya Hj. Zakaria Bin Kasa, PhD
Call Number:FPP 2004 18
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:346
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:09 Jun 2008 15:20
Last Modified:27 May 2013 06:47

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Jun 2008 15:20.

View statistics for "Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Penggunaan Sistem Maklumat Pelajar Berasaskan Komputer di Maktab Perguruan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.