Pengaruh Faktor Terpilih Terhadap Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah di Negeri Sarawak

Teng, Lung Kiu (2006) Pengaruh Faktor Terpilih Terhadap Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah di Negeri Sarawak. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
118Kb

Abstract

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi efikasi-kendiri guru. Faktor-faktor yang ingin dikenal pasti ialah persepsi guru terhadap iklim sekolah, persepsi guru terhadap kepemimpinan transformasional pengetua, efikasikendiri menggunakan komputer di kalangan guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan, penglibatan guru dalam program perkembangan staf, latar belakang sekolah dan latar belakang guru. Kajian ini dijalankan di Bahagian Kuching/Samarahan dengan melibatkan 420 orang guru daripada 18 buah sekolah menengah. Namun, analisis kajian hanya dilakukan ke atas 376 set (89.5%) soal selidik yang lengkap. Statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi, peratusan, median dan sisihan kuartil) dan inferensi (ujian-t, ANOVA Satu Hala, Korelasi Pearson r dan Regresi berganda) digunakan untuk menganalisis data dan membentangkan dapatan kajian. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan bahawa tahap efikasi-kendiri guru adalah tinggi. Menurut persepsi guru, amalan kepemimpinan transformational pengetua dan tahap efikasi-kendiri menggunakan komputer di kalangan guru juga berada pada tahap yang tinggi. Tahap iklim sekolah juga berada pada tahap yang baik menurut persepsi guru. Namun, tahap penglibatan guru dalam proses membuat keputusan adalah sederhana dan tahap penglibatan guru dalam program perkembangan staf adalah rendah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara efikasi-kendiri guru dengan persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan pengetua, persepsi guru terhadap iklim sekolah, efikasi-kendiri menggunakan komputer di kalangan guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan dan penglibatan guru dalam program perkembangan staf. Dapatan kajian juga menunjukkan peramal efikasi-kendiri guru terdiri daripada enam pemboleh ubah, iaitu persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformasional pengetua, efikasi-kendiri menggunakan komputer di kalangan guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan, jantina guru (pemboleh ubah dummi 1=lelaki), jumlah pelajar sekolah dan pengalaman bekerja guru. Faktor-faktor ini hanya dapat menerangkan 21.8% varians efikasi-kendiri guru. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat pemboleh ubah lain yang mempengaruhi efikasi-kendiri guru. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan kepada pihak sekolah, pihak kementerian Pendidikan dan penyelidik lanjutan dikemukakan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Self-efficacy - Sarawak.
Subject:High school teachers - Sarawak.
Chairman Supervisor:Professor Zaidatol Akmaliah Binti Lope Pihie, PhD
Call Number:FPP 2006 2
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:149
Deposited By: Emelda Mohd Hamid
Deposited On:23 May 2008 20:07
Last Modified:27 May 2013 06:46

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 May 2008 20:07.

View statistics for "Pengaruh Faktor Terpilih Terhadap Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah di Negeri Sarawak "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.