UPM Institutional Repository

Orientasi kehidupan dan kepuasan hidup wanita induk tunggal di Selangor


Citation

Kahar, Rojanah and Hasbullah, Muslihah and Suhid, Asmawati and Abd Halim, Siti Firdaus (2016) Orientasi kehidupan dan kepuasan hidup wanita induk tunggal di Selangor. In: The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10), 15 – 17 August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. (pp. 577-586).

Abstract

Kualiti hidup adalah persepsi individu terhadap kepuasan ke atas sesuatu keadaan, persekitaran dan hubungan secara relatif dengan alternatif sedia ada seperti keluarga, rakan, kerja, pendapatan, kejiranan serta tempat tinggal. Camfield & Skevington (2008) menekankan bahawa kepuasan hidup boleh digunakan bagi menggambarkan keadaan kualiti hidup dan kesejahteraan subjektif. Oleh itu, kepuasan hidup melibatkan penilaian keseluruhan kualiti hidup seseorang individu yang melibatkan pelbagai aspek kehidupannya meliputi konstruk kesihatan, kewangan, kerja serta hubungan interpersonal. Manakala orientasi kehidupan merujuk kepada jangkaan positif individu mengenai masa hadapan. Wanita induk tunggal terdedah kepada pelbagai faktor risiko selepas perceraian. Kajian terdahulu menunjukkan individu yang bercerai akan mengalami tahap kemurungan yang tinggi, tahap kepuasan hidup yang rendah serta mengalami masalah kesihatan berbanding individu yang berkahwin. Oleh yang demikian, satu kajian rintis telah dijalankan di Selangor untuk mengenal pasti perkaitan antara orientasi kehidupan dengan kepuasan hidup ibu tunggal (janda). Seramai 25 orang responden yang terlibat di dalam kajian ini dikenal pasti melalui Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS). Data diperolehi melalui kaedah survei menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Instrumen Life Orientation Test-Reverse oleh Carver (2013) digunakan untuk mengukur orientasi kehidupan, manakala instrumen Satisfaction With Life Scale oleh Dinner, Emmons, Larsen & Griffin (1985), digunakan untuk mengukur tahap kepuasan hidup. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan signifikan yang negatif antara orientasi kehidupan dan kepuasan hidup dalam kalangan induk tunggal di Selangor (r= -0.418*, p<0.05). Ini menunjukkan semakin rendah tahap orientasi kehidupan wanita selepas bercerai, maka semakin rendah tahap kepuasan hidup mereka. Kesimpulannya kepuasan hidup induk tunggal dipengaruhi oleh orientasi kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, golongan ini perlu dibantu ke arah pendayaupayaan selaras dengan Dasar Wanita Negara serta Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal 2015-2020.


Download File

[img] Text
7.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Keywords: Quality of life, Life orientation, Single parent
Depositing User: Mohamad Jefri Mohamed Fauzi
Date Deposited: 07 Apr 2023 01:57
Last Modified: 07 Apr 2023 01:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99736
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item