Citation
Muniandy, Rajeswary
(2021)
Pengaruh bahasa ibunda murid SJK (Tamil) dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini memfokuskan pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan Bahasa
Melayu berasaskan gambar tunggal dalam kalangan murid-murid India.Objektif
kajian adalah untuk mengenal pasti pengaruh bahasa Ibunda dalam penulisan
Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal daripada aspek tatabahasa iaitu
kata, perkataan, ayat dan ortografi dan merumuskan pengaruh bahasa Ibunda
dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal dalam kalangan
murid-murid SJKT.Skop kajian ini merangkumi murid tahap dua.Objektif kajian
ini ditentukan melalui satu ujian penulisan karangan gambar tunggal yang
disenaraikan dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi tahap 2
dan satu set soal selidik digunakan.Model Socioeducational oleh Gardner
(1985) digunakan sebagai landasan kajian ini. kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan dengan menggabungkan dua kaedah penyelidikan iaitu kuantitatif dan
kualitatif.Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Penulisan
Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal dan satu set soal selidik.Pengkaji
telah memilih 35 orang murid India Tahun Lima yang dipilih dari SJK(T)
Mahajothi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid SJKT melakukan
kesalahan tatabahasa dari aspek frasa, ayat, kata dan ortografi dalam
kalangan penulisan bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal telah dikesan
sebanyak 75 kesalahan. Dapatan kajian menjelaskan bahawa murid SJKT
melakukan kesalahan penggunaan ortografi iaitu kesalahan dalam
penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil mencatatkan jumlah kesalahan yang
paling tinggi iaitu sebanyak 26 kesalahan (74%). Kekerapan kedua tertinggi
pula ialah kesalahan penggunaan kata iaitu kesalahan aspek ayat tunggal dan
ayat saduran sebanyak 22 kesalahan (63%). Dan diikuti kesalahan
penggunaan frasa iaitu farasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama
mencatatkan 15 kesalahan iaitu sebanyak 43% dan kekerapan yang paling
rendah ialah kesalahan penggunaan ayat iaitu imbuhan, kata hubung dan kata
pemeri menunjukkan kesalahan sebanyak 12 kesalahan 34% . Dapatan soal
selidik menunjukkan bahawa sikap penutur dan sikap murid terhadap pengaruh bahasa ibunda adalah aspek yang paling dominan dan tinggi
mempengaruhi murid SJKT walaupun murid SJKT mempunyai minat yang
tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan kata lain,boleh
merumuskan bahawa , sikap terhadap bahasa ibunda adalah sangat tebal dan
kukuh dalam kalangan murid SJKT. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah
pengajaran dan pembelajaran bahasa haruslah ditingkatkan dan pengajuran
aktiviti seperti pengayaan,pengukuhan, pendedahan bahasa amat penting
dalam menggalakkan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid
SJKT.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |