Citation
Nasruddin, Abir Wardati
(2021)
Ketaksaan dalam laporan berita sukan bola sepak.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penggunaan kata dan ungkapan yang tidak jelas dalam laporan berita sukan bola sepak dalam talian adakala menimbulkan ketaksaan dan kekeliruan makna kepada pembaca. Namun, kehadiran kata dan ungkapan yang bersifat taksa ini bukanlah suatu kesalahan, sebaliknya hanyalah perbezaan interpretasi dan pemahaman khususnya oleh pembaca. Tambahan pula, untuk mengesan ketaksaan ini merupakan suatu cabaran intelektual yang memerlukan pemahaman yang mendalam dan pengetahuan yang luas. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis ketaksaan leksikal, ketaksaan gramatikal, dan ketaksaan figuratif dalam laporan berita sukan bola sepak serta merumuskan aspek bahasa yang menimbulkan ketaksaan dalam laporan berita sukan bola sepak. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks untuk mengumpul 22 laporan berita sukan bola sepak sebagai data kajian daripada 32 laporan berita sukan. Laporan berita sukan bola sepak ini diperoleh daripada laman sesawang Berita Harian dan Sinar Harian menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Data kajian dianalisis menggunakan Teori Relevans (1995). Hasil kajian mendapati daripada 22 data kajian, sebanyak 4 data yang memperlihatkan ketaksaan leksikal, 4 data memperlihatkan ketaksaan gramatikal dan 14 memperlihatkan ketaksaan figuratif dalam laporan berita sukan bola sepak. Ketaksaan leksikal, ketaksaan gramatikal, dan ketaksaan figuratif yang menimbulkan maksud yang mengelirukan telah dapat dianalisis menggunakan Teori Relevans. Di samping itu, ketaksaan dalam laporan berita sukan bola sepak turut memperlihatkan kebolehan seseorang penulis itu menggunakan perkataan dan ungkapan yang mempunyai unsur polisemi, paradoks, kiasan, homonim, metafora, konotasi, dan sebagainya untuk mengolah bahasa penulisan laporan mereka dengan kreatif dan imaginatif.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Ambiguity |
Subject: |
Mass media and sports |
Subject: |
Grammar, Comparative and general |
Call Number: |
FBMK 2021 64 |
Chairman Supervisor: |
Zuraini binti Jusoh, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
Ambiguity, Lexical, Grammatical, Figurative, Sports News Reporting, Football, Relevance Theory, |
Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
Date Deposited: |
04 Apr 2023 07:26 |
Last Modified: |
04 Apr 2023 07:26 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99653 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |