Citation
Elumalai, Logeswaari
(2021)
Kaedah terjemahan dan struktur berita bahasa Inggeris ke dalam bahasa Tamil.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Terjemahan melibatkan pemindahan makna dari satu bahasa ke satu bahasa lain, maka
wujudnya teori- teori terjemahan bagi menghantarkan makna daripada seorang manusia
kepada manusia lain. Kepentingan terjemahan berita semakin meningkat dalam dekad
yang lalu telah meningkatkan isu tentang keaslian terjemahan berita itu sendiri yang
membawa kepada pemindahan daripada konsep kesepadanan antara teks sumber
dengan teks sasaran. Bagi golongan pembaca berita dunia Tamil yang hanya
bergantung kepada surat khabar, mereka perlu mendapat berita yang cukup jelas dan
padat. Dalam hal ini, seseorang penterjemah harus menguasai teori, kemahiran, serta
berpengetahuan dalam bidang yang terlibat. Rentetan itu, penterjemah perlu
menggunakan kaedah terjemahan yang sesuai supaya menghasilkan sebuah teks
terjemahan yang tidak mengelirukan masyarakat. Oleh itu, pengkaji berminat untuk
mengkaji kaedah terjemahan dan struktur terjemahan berita dunia bahasa Inggeris ke
dalam berita bahasa Tamil. Pengkaji memilih 40 set berita dunia yang terdiri daripada
40 berita bahasa Inggeris dan 40 berita bahasa Tamil. Pengkaji mengumpul berita
sumber dan berita terjemahan daripada agensi berita Malaysia Nanban. Akhbar tersebut
dipilih sebagai sumber berita bahasa Tamil kerana akhbar ini merupakan surat khabar
paling banyak dibaca antara akhbar berbahasa Tamil di Malaysia. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif dengan membuat pemerhatian kepada teks berita bagi
mengenalpasti kaedah terjemahan dengan teori terjemahan Newmark (1988) dan
membuat perbandingan struktur berita sumber serta terjemahan mengikut konsep
Piramid Terbalik Stovall (2012). Kajian ini membincangkan keberkesanan struktur
terjemahan berita. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah terjemahan bebas
dan harafiah lazim digunakan. Struktur berita sumber dikekalkan dalam terjemahan.
Hasilnya menunjukkan kedua- dua berita sumber dan berita terjemahan mengutamakan
maklumat paling penting dalm struktur penulisan berita. Tambahan pula, struktur ini
berefektif dalam menghasilkan teks berita yang padat dan jelas. Kajian ini menjadi
rujukan kepada bidang penterjemahan berita bahasa Tamil dalam meningkatkan kualiti
teks terjemahan. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu penterjemah untuk
menggunakan kaedah terjemahan yang sesuai supaya menghasilkan teks berita yang
berefektif.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |