Citation
Mamat, Siti Fatimah
(2019)
Adab hubungan kekeluargaan dalam cerita rakyat Melayu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini mengenai adab hubungan kekeluargaan dalam cerita rakyat
Melayu. Masyarakat Melayu tradisi menjadikan cerita rakyat sebagai wahana
hiburan dan menyampaikan nasihat dan pelajaran kepada masyarakat.
Antaranya, mendidik individu dan masyarakat agar berperlakuan baik dan
beradab dalam kehidupan seharian. Menurut R. O. Winstedt (1961: 139), cerita
rakyat Melayu dianggap cerita yang penuh dengan unsur mitos dan tidak
berpijak di bumi nyata. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan bahawa
cerita rakyat Melayu sarat dengan nilai-nilai baik seperti elemen adab. Kajian ini
mempunyai tiga objektif iaitu mengklasifikasikan adab dalam hubungan
kekeluargaan berdasarkan cerita rakyat Melayu, kedua menganalisis adab
dalam hubungan kekeluargaan berdasarkan cerita rakyat Melayu dan
merumuskan adab dalam hubungan kekeluargaan berdasarkan cerita rakyat
Melayu. Untuk mencapai objektif kajian, kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif
iaitu kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Di samping itu, kajian ini turut
berlandaskan Kerangka Adab yang dikemukakan oleh Marwan Ibrahim Al-Kaysi
(1986), yang mengandungi elemen hubungan kekeluargaan iaitu, adab anak
terhadap ibu bapa, adab ibu bapa terhadap anak, adab isteri terhadap suami
dan adab suami terhadap isteri. Hasilnya, kajian ini dapat membuktikan bahawa
cerita rakyat Melayu sememangnya sarat dengan adab iaitu adab dalam
hubungan kekeluargaan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Folk literature, Malay - History and criticism |
Subject: |
Families in literature |
Subject: |
Etiquette in literature |
Call Number: |
FBMK 2021 53 |
Chairman Supervisor: |
Roslina binti Abu Bakar, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
Manners, Morals, Good Courses, Family Relationships, Malay
Folklore |
Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
Date Deposited: |
04 Apr 2023 07:23 |
Last Modified: |
04 Apr 2023 07:23 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99649 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |