UPM Institutional Repository

Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua imigran India di Pekan Beaufort, Sabah, Malaysia


Citation

Awang Besar, Syahrin (2020) Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua imigran India di Pekan Beaufort, Sabah, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji proses penguasaan Bahasa Melayu Dialek Sabah (BMDS) sebagai bahasa kedua (B2) menggunakan pendekatan interaksional, imigran India di Beaufort, Sabah. Secara spesifiknya objektif kajian ini memfokuskan kepada usaha untuk mengenal pasti dan mengkaji bentuk-bentuk mekanisme B2 yang digunakan, menganalisis teknik pengaplikasiannya menggunakan Teori Long (1996) dan merumuskan proses penguasaan B2 tersebut. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Hipotesis Interaksional oleh Michael H. Long (1996) sebagai kerangka teori kajian. Manakala kaedah kajian yang digunakan adalah menggunakan kaedah pemerhatian eksploratori secara tinjauan lapangan. Pengkaji turut menggunakan skala psikometrik kualitatif Persetujuan Antara-Penilai Cohen Kappa (1968) bagi tujuan mempermantap sokongan dapatan kajian. Manakala bagi tujuan pensampelan pengkaji menggunakan pendekatan kajian kes dan pensampelan bertujuan. Data-data dapatan kemudiannya dianalisis secara triangulasi deskriptif kuantitatif-kualitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa para peserta kajian lebih memilih untuk menggunakan empat mekanisme pendekatan interaksional iaitu; a) Pengulangan, b) Pemeriksaan Pengesahan, c) Pemeriksaan Pemahaman, dan d) Permohonan Penjelasan. Namun demikian, pada akhirnya didapati bahawa mereka tetap mampu menguasai dan berkomunikasi dalam BMDS dengan efektif meskipun tanpa mengikuti sebarang kursus persediaan B2 secara formal sebelum datang ke Malaysia. Penguasaan B2 mereka berlaku hanyalah melalui proses belajar dan berlatih menerusi kaedah interaksional semata-mata, iaitu interaksi dengan penduduk tempatan yang merupakan Penutur Jati (PnJ) BMDS. Dapatan-dapatan kajian juga turut menemukan dapatan bahawa bentuk-bentuk dan penggunaan mekanisme-mekanisme pendekatan interaksional dapat menggalakkan peningkatan penguasaan atau pembelajaran B2 golongan BPnJ. Proses ini disokong faktor persekitaran linguistik bahasa (PLB) serta kaitannya dengan tuntutan kepentingan B2 tersebut dalam komunikasi perniagaan. Maka kesimpulannya kajian ini telah dapat menunjukkan bentuk-bentuk, aplikasi mekanisme-mekanisme dan seterusnya merumuskan pendekatan interaksional penguasaan B2, imigran India selaku BPnJ BMDS berkenaan.


Download File

[img] Text
SYAHRIN BIN AWANG BESAR - IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Second language acquisition
Subject: Malay language - Malaysia
Call Number: FBMK 2021 55
Chairman Supervisor: Y.Bhg Profesor Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 07:22
Last Modified: 04 Apr 2023 07:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99642
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item