UPM Institutional Repository

Personaliti sebagai faktor penyederhana yang mempengaruhi hubungan antara motivasi dengan kesediaan melakukan tular di media sosial


Citation

Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa (2022) Personaliti sebagai faktor penyederhana yang mempengaruhi hubungan antara motivasi dengan kesediaan melakukan tular di media sosial. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tindakan perkongsian maklumat secara lisan (word-of-mouth, WOM) bermula dari persekitaran bersemuka sebelum beralih pada penggunaan teknologi (e- WOM). Perkembangan teknologi telah memudahkan proses e-WOM kerana individu tidak perlu mengadakan pertemuan bersemuka sebaliknya menggunakan aplikasi media sosial untuk berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Tindakan e-WOM berkait rapat dengan konsep tular iaitu berkongsi maklumat atau memberi komen dan kongsi semula maklumat ke dalam media sosial. Maklumat yang tular dilakukan dengan konsep satukepada- satu atau satu-kepada-banyak menerusi kaedah kongsi, kongsi semula, sembang atau suka (like). Namun begitu, tular dalam media sosial menjadi negatif apabila individu gagal mengawal emosi, impresi dan memanipulasi teknologi untuk kepentingan peribadi. Sebilangan individu tidak sedar akan kesediaan tindakan mereka yang memuatnaik komen peribadi atau menggubah kandungan maklumat akan mendorong pada penularan maklumat dalam media sosial. Tambahan lagi, personaliti Ekstrovert dan Introvert dikaitkan dengan tingkah laku tular media sosial kerana mereka menonjolkan karakter yang berbeza semasa berinteraksi dan bersosial dengan pengguna yang lain. Justeru itu, kajian ini memberi fokus pada peranan personaliti individu sebagai pengaruh terhadap motivasi yang mempengaruhi kesediaan untuk melakukan tular dalam media sosial dengan mengaplikasikan Model Information-Motivation-Behavioral Skills (1992) dan Roda Personaliti Eysenck (1975). Kajian dengan rekabentuk kuantitatif ini dilaksanakan menerusi tinjauan secara atas talian. Seramai 408 orang pengguna media sosial yang berusia 20 tahun ke atas dipilih sebagai responden menerusi kaedah pensampelan mudah dan bertujuan. Borang soal selidik telah diedarkan ke dalam dua media sosial popular, Whatsapp dan Facebook. Seterusnya, data dianalisis dengan pendekatan deskriptif dan inferensi yang melibatkan pengujian hipotesis antara setiap pemboleh ubah dengan menggunakan Model Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modelling). Hasil kajian menunjukkan bahawa motivasi personal atau keinginan untuk memenuhi kepuasan kendiri adalah berkait dengan kesediaan individu untuk berkongsi maklumat dalam media sosial. Motivasi sosial ataupun keinginan untuk memenuhi kepuasan pengguna lain pula berkait dengan kesediaan untuk memberi komen dan kongsi semula maklumat dalam media sosial. Seterusnya, analisis pembolehubah penyederhana membuktikan bahawa kedua-dua personaliti tidak memainkan peranan yang ketara dalam mempengaruhi motivasi untuk melakukan tular. Namun begitu, analisis lanjutan menggunakan Dawson Interaction Plot menggambarkan bahawa individu Ekstrovert adalah lebih bermotivasi untuk melakukan tular dalam media sosial berbanding individu Introvert. Kesimpulannya, aspek personaliti bukanlah penentu yang akan dititikberatkan semasa bertingkah laku dalam media sosial sebaliknya, kepuasan yang diinginkan daripada tindakan yang dilakukan dalam media sosial adalah faktor utama yang mendorong kesediaan individu untuk melakukan suatu tindakan, contohnya, tular maklumat dalam media sosial. Oleh itu, individu perlulah menjadi penular maklumat yang bertanggungjawab kerana penerimaan pengguna terhadap jenis maklumat yang ditularkan akan mempengaruhi kognitif, emosi, kebolehpercayaan dan juga kesihatan mental.


Download File

[img] Text
THESIS B5 SITI RAMIZAH - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Personality development
Subject: Social media - Influence
Call Number: FBMK 2022 33
Chairman Supervisor: Jusang bin Bolong, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 06:56
Last Modified: 04 Apr 2023 06:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99636
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item