Citation
Muda, Norajihah
(2021)
Penggunaan kata panggilan dalam kalangan masyarakat orang asli Che Wong.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kata panggilan merupakan perkataan atau frasa yang digunakan untuk merujuk nama
seseorang secara langsung sama ada secara lisan atau tulisan. Masyarakat orang asli Che
Wong di Kampung Sungai Enggang Kuala Gandah Pahang mempunyai sistem kata
panggilan natif yang unik dan berbeza dengan suku bangsa lain, namun penggunaannya
semakin dipinggirkan terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, objektif
kajian ini ialah pertama, untuk mengenal pasti kata panggilan dalam masyarakat orang
asli Che Wong, kedua, menganalisis pola penggunaan kata panggilan masyarakat orang
asli Che Wong dan ketiga, merumuskan perubahan penggunaan kata panggilan
masyarakat orang Asli Che Wong sebagai sebahagian daripada lambang jati diri. Kajian
etnografi ini dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual melibatkan 60
informan kajian. Data kajian dianalisis menggunakan lima komponen dalam Model
Etnografi komunikasi Saville-Troike (2003) dan Teori Pergeseran Bahasa
(1984).Dapatan kajian mendapati bahawa masyarakat orang asli Che Wong mempunyai
sistem kata panggilan tersendiri dalam bahasa Che Wong, namun penggunaannya
semakin terpinggir, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Masyarakat orang asli
Che Wong mempunyai kata panggilan tertentu dalam pelbagai aspek hubungan dalam
masyarakat. Contohnya masyarakat orang asli Che Wong menggunakan kata panggilan
‘moi’ untuk rujukan ibu (45/75%), dan kata panggilan ‘bam’ untuk rujukan ayah
(35/58%). Pola penggunaan kata panggilan seperti ‘aku’ dan ‘kau’ lebih kerap digunakan
tanpa menimbulkan kesan biadap untuk membahasakan diri masing-masing.Terdapat
lima faktor yang mempengaruhi perubahan penggunaan kata panggilan masyarakat
orang asli Che Wong. Faktor bilingualisme melibatkan penguasaan dua atau lebih bahasa
dalam kalangan masyarakat. Faktor migrasi dan urbanisasi berkait rapat dengan faktor
perlancongan di kawasan penempatan masyarakat orang asli Che Wong. Faktor
peralihan generasi memperlihatkan generasi muda lebih dominan menggunakan bahasa
Melayu yang lebih bersifat moden. Faktor industrialisasi pula dikaitkan dengan faktor
pekerjaan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat. Faktor bahasa yang
lebih berprestij mendorong penggunaan bahasa Melayu lebih dominan dalam kalangan
masyarakat. Kesimpulannya, penggunaan kata panggilan dalam kalangan masyarakat
orang asli Che Wong merupakan sebahagian daripada lambang jati diri mereka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |