UPM Institutional Repository

Pentakrifan entri dialek Kelantan dalam Kamus Dewan edisi keempat


Citation

Hassan, Noor Roza (2019) Pentakrifan entri dialek Kelantan dalam Kamus Dewan edisi keempat. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Fungsi kamus yang paling penting adalah sebagai sumber rujukan makna pada sesuatu perkataan. Pengguna menggunakan kamus bercetak, elektronik mahupun digital untuk mencari dan memahami makna yang tepat pada sesuatu perkataan. Walau bagaimanapun, bidang perkamusan mempunyai masalah dalam pengkajian dan pentakrifan makna pada sesuatu perkataan kerana perbezaan bentuk pentakrifan (Hasnah, 2008) dan cara persembahan maklumat bagi sesuatu golongan kata juga berbeza antara kamus umum dengan kamus khusus (Ibrahim, 2005). Natijah daripada masalah yang dinyatakan itu, maka Kamus Dewan edisi keempat (KD4) telah memperlihatkan pentakrifan entri dialek Kelantan (DK) yang kurang tepat kerana berlakunya pertumpangtindihan makna yang berlingkaran. Masalah ini menyebabkan berlakunya kekeliruan makna kepada pengguna. Bagi mengatasi masalah tersebut, kajian ini telah merangka tiga objektif yang penting, iaitu untuk mengenal pasti entri DK yang bermasalah pentakrifan dalam KD4 berdasarkan prinsip perkamusan, menghuraikan pentakrifan makna entri DK berdasarkan Teori Analisis Komponen Makna (1975) dan menghasilkan satu bentuk pentakrifan baharu bagi entri DK dalam KD4. Bagi mencapai objektif kajian, sebanyak sepuluh entri DK dalam KD4 telah dipilih sebagai data kajian, iaitu cedas, cendas, cerung, darat, dedes, gagar, gasor, gaya, gelenyar dan jadar. Metodologi kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan melibatkan penelitian perbezaan pentakrifan makna yang terkandung dalam KD4 dan semua bahan bertulis yang berhubungan dengan kajian. Kajian lapangan melibatkan sebanyak 30 orang informan dari tiga buah daerah di negeri Kelantan, temu bual dan rakaman audio. Dapatan kajian yang dilakukan telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna dengan mengenal pasti entri DK yang bermasalah pentakrifan dalam KD4, berjaya menghuraikan pentakrifan makna entri DK berdasarkan Teori Analisis Komponen Makna (1975) dan dapat menghasilkan satu bentuk pentakrifan baharu entri dialek. Justeru, usaha merumuskan pentakrifan entri dialek Kelantan dalam KD4 oleh pengkaji menjadi satu titik permulaan penyemakan semula bentuk pentakrifan dalam KD terutama makna kata dialek.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 11 UPMIR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Dialects - Malaysia - Kelantan
Subject: Malay language - Dialects - Dictionaries
Subject: Malay language - Lexicography
Call Number: FBMK 2021 11
Chairman Supervisor: Datin Hasnah Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 00:59
Last Modified: 11 Apr 2023 00:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99560
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item