UPM Institutional Repository

Hubungan tahap kekuatan personaliti ekstravasi sebagai moderator di antara tujuan penggunaan media sosial dengan kemahiran sosial dalam kalangan mahasiswa


Citation

Sardar Mohamed, Saheera (2021) Hubungan tahap kekuatan personaliti ekstravasi sebagai moderator di antara tujuan penggunaan media sosial dengan kemahiran sosial dalam kalangan mahasiswa. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Teknologi Maklumat dan Komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia masa kini. Kemajuan yang berkembang secara drastik ini menyebabkan muncul pelbagai teknologi dan inovasi baru yang mengubah gaya hidup dan pemikiran masyarakat dunia terutamanya di Malaysia Perubahan tersebut dapat dilihat dengan jelas apabila mahasiswa pada hari ini lebih cenderung untuk berinteraksi dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain berbanding berinteraksi secara bersemuka. Penggunaan media sosial secara berlebihan memberi kesan kepada kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, psikologi, kesihatan dan emosi mahasiswa. Implikasi negatif terhadap kemahiran sosial dalam kalangan mahasiswa akibat penerimaan dan penggunaan media sosial ialah kurang kemahiran berkomunikasi secara bersemuka. Oleh demikian, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan penerimaan dan tujuan penggunaan media sosial terhadap kemahiran sosial mahasiswa dengan menjadikan personaliti ekstraversi mahasiswa sebagai pemboleh ubah moderator. Kajian ini berbentuk deskriptif kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dengan melibatkan mahasiswa dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dan tujuan penggunaan media sosial telah terbukti memberikan kesan terhadap kemahiran sosial mahasiswa. Di samping itu, pemboleh ubah personaliti ekstraversi yang dijadikan sebagai moderator juga telah membuktikan terdapat hubungan positif antara tujuan penggunaan media sosial dengan kemahiran sosial mahasiswa. Hasil kajian ini dapat menyumbangkan hasil baharu dalam konteks menganalisis kesan penerimaan dan tujuan penggunaan media sosial terhadap kemahiran sosial mahasiswa di universiti dimana mahasiswa kini bersedia untuk menggunakan dan mengamalkan laman rangkaian sosial sebagai salah satu teknologi pembelajaran dan seterusnya memberi implikasi positif kepada kemahiran sosial mahasiswa serta memberi sumbangan praktikal kepada organisasi dan memberi laluan kepada pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengambil langkah penambahbaikan pada setiap peringkat pengurusan terutama usaha melaksanakan e-pembelajaran, kementerian pengajian tinggi dan pihak penggubal dasar iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh mendapat input yang berguna menerusi hasil kajian ini.


Download File

[img] Text
SAHEERA BINTI SARDAR MOHAMED - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Extraversion
Subject: Personality
Subject: Social media
Call Number: FBMK 2022 17
Chairman Supervisor: Wan Anita Wan Abas, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 04:04
Last Modified: 04 Apr 2023 04:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99537
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item