UPM Institutional Repository

Kohesi dalam novel Tamil ‘Akal Vil:Akku'


Citation

Kattaiyan, Mariappan (2021) Kohesi dalam novel Tamil ‘Akal Vil:Akku'. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Konsep kohesi merupakan konsep semantik yang menunjukkan hubungan makna yang wujud dalam wacana. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aspek kohesi dalam novel Tamil ‘Akal vil:akku’. Pengkaji merungkai jenis kohesi dan perbandingan antara jenis kohesi tersebut, serta menjelaskan rasional kehadiran unsur kohesi dalam novel Tamil ‘Akal vil:akku’ yang dikarang oleh Mu.Varatharasan (Mu.Va). Novel ini dijadikan sebagai bahan kajian dalam penyelidikan ini setelah dianggap ada kepentingan untuk merungkai persoalan kajian ini berdasarkan permasalahan kajian yang dikenal pasti. Novel ini merupakan salah satu komponen utama dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek Kesusasteraan Tamil dalam Peperiksaan Awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengkaji meneruskan hasrat dalam mengkaji bagaimana teks novel ini ditenun dan sejauh mana teks ini mudah difahami oleh murid-murid untuk membina idea mengarang jawapan dalam SPM. Teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976) digunakan untuk merungkai objektif kajian ini. Teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976) diperlihatkan melalui nahuan dan leksikal. Kohesi Nahuan dilihat melalui beberapa kaedah seperti rujukan,penggantian, penghilangan dan penghubungan. Manakala, Kohesi Leksikal dilihat melalui kaedah pernyataan semula leksikal dan kolokasi. Teori Kohesi ini digunakan untuk menganalisis data kajian, iaitu novel Tamil ‘Akal vil:akku’ yang mempunyai 412 halaman, yang dipecahkan kepada 27 bab. Semua bab dalam novel ini dianalisis dengan kaedah kualitatif, kaedah kepustakaan, pemilihan sampel kajian dan prosedur kajian ditetapkan. Data kajian dianalisis dengan setiap unsur kohesi yang dikenal pasti melalui pembacaan, dan dipamerkan melalui jadual supaya kekerapan kehadiran setiap unsur kohesi dapat dilihat, dan seterusnya perbandingan antara kohesi dibuat dan rasional kehadiran kohesi diperjelas. Kajian ini diharapkan akan memberi manfaat kepada warga penulis novel Tamil, murid-murid sekolah, kolej dan universiti serta pengkaji masa hadapan dalam dunia analisis wacana. Ini kerana sesuatu wacana yang utuh akan mempamerkan ciri kohesi. Dalam hasil kajian ini, dapat dilihat bahawa novel ‘Akal vil:akku’ memperlihatkan kehadiran semua unsur kohesi. Kohesi Nahuan mendominasi novel ini dengan kekerapan kehadiran yang lebih banyak berbanding dengan Kohesi Leksikal. Ini dapat dilihat menerusi kehadiran subunsur kohesi nahuan yang kerap hadir, seperti rujukan personal, penghubung penambah, penghilangan namaan. Ini jelas menunjukkan bahawa novel ini dikarang dengan aspek tatabahasa diberikan keutamaan supaya idea penceritaan dalam novel ini dialirkan bagi tujuan mudah difahami oleh pembaca. Dengan ini dicadangkan bahawa kajian masa depan boleh diteruskan dengan mengkaji aspek koheren, gaya bahasa, sosiobudaya dan lain lagi dalam novel Tamil ini.


Download File

[img] Text
FBMK 2022 16 UPMIR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Tamil language
Subject: Cohesion (Linguistics)
Subject: Tamil literature
Call Number: FBMK 2022 16
Chairman Supervisor: Profesor Paramasivam a/l Mutthusamy, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 00:56
Last Modified: 11 Apr 2023 00:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99452
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item