UPM Institutional Repository

Medan makna dalam slogan ‘Malaysia baharu’


Citation

Saleh, Mohammad Habibi (2022) Medan makna dalam slogan ‘Malaysia baharu’. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian tentang kumpulan leksikal yang membentuk medan makna dalam slogan ‘MalaysiaBaharu’ belum dikaji secara ilmiah dan meluas dalam kalangan sarjana tempatan.Justeru kajian ini menyenaraikan dua objektif. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti leksikal-leksikal yang membentuk medan makna berdasarkan empat kata fokus terpilih dalam slogan ‘Malaysia Baharu’ dan, kedua untuk menganalisis leksikal sinonim, antonim dan hiponim yang memperlihatkan hubungan paradigmatik dalam slogan ‘Malaysia Baharu’ menggunakan teori medan semantik Trier (1931). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks. Bahan kajian adalah terdiri daripada empat kata fokus terpilih daripada Perspektif Fokus ‘Malaysia Baharu’ dan 7 laporan akhbar yang berkaitan dengan slogan ‘Malaysia Baharu’, iaitu Kata Fokus 2 Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah, Kata Fokus 3 Kebebasan Media, Kata Fokus 4 Mesra Perniagaan, dan Kata Fokus 6 Kedaulatan Undang-undang. Di samping itu, pengkaji juga menggunakan sebanyak 51 laporan akhbar yang berkaitan dengan empat kata fokus terpilih, iaitu 17 laporan akhbar berkaitan Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah, l4 laporan akhbar berkaitan Kebebasan Media, 11 laporan akhbar berkaitan Mesra Perniagaan, dan 9 laporan akhbar berkaitan Kedaulatan undang-undang sebagai bahan kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kajian yang dianalisis menggunakan teori medan semantik Trier (1931) adalah leksikal-leksikal sinonim, antonim dan hiponim yang terdapat dalam 51 laporan akhbar yang berkaitan dengan empat kata fokus terpilih sahaja. Penganalisisan data adalah secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati daripada 51 laporan akhbar yang dikaji berkaitan empat kata fokus terpilih dalam slogan ‘Malaysia Baharu, didapati sebanyak 68 (33%) adalah leksikal sinonim, 76 (37%) leksikal antonim dan 60 (30%) leksikal hiponim yang membentuk medan makna dalam slogan ‘Malaysia Baharu’ melalui hubungan paradigmatik. Selain itu, kajian juga mendapati dalam slogan ‘Malaysia Baharu’, leksikal sinonim didapati palingbanyak terdapat dalam Kata Fokus 2 Memperhebat Pembanterasan Rasuah, iaitu sebanyak 25 (37%). Leksikal antonim pula didapati paling banyak dalam Kata Fokus 3 Kebebasan Media, iaitu sebanyak 38 (50%), manakala leksikal hiponim didapati paling banyak dalam Kata Fokus 3 Kebebasan Media, iaitu sebanyak 21 (35%). Kesimpulannya, dengan menggunakan teori medan makna J. Trier (1931), makna setiap leksikal sinonim, antonim dan hiponim bagi empat kata fokus terpilih dalam slogan ‘Malaysia Baharu’ telah dapat dianalisis dan dipersembahan dalam bentuk medan makna.


Download File

[img] Text
FBMK 2022 15 UPMIR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: English language - Semantics
Call Number: FBMK 2022 15
Chairman Supervisor: Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 00:55
Last Modified: 11 Apr 2023 00:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99451
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item