Citation
Saleh, Mohammad Habibi
(2022)
Medan makna dalam slogan ‘Malaysia baharu’.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian tentang kumpulan leksikal yang membentuk medan makna dalam slogan
‘MalaysiaBaharu’ belum dikaji secara ilmiah dan meluas dalam kalangan sarjana
tempatan.Justeru kajian ini menyenaraikan dua objektif. Objektif yang pertama
adalah untuk mengenal pasti leksikal-leksikal yang membentuk medan makna
berdasarkan empat kata fokus terpilih dalam slogan ‘Malaysia Baharu’ dan,
kedua untuk menganalisis leksikal sinonim, antonim dan hiponim yang
memperlihatkan hubungan paradigmatik dalam slogan ‘Malaysia Baharu’
menggunakan teori medan semantik Trier (1931). Kajian ini menggunakan
kaedah analisis teks. Bahan kajian adalah terdiri daripada empat kata fokus
terpilih daripada Perspektif Fokus ‘Malaysia Baharu’ dan 7 laporan akhbar yang
berkaitan dengan slogan ‘Malaysia Baharu’, iaitu Kata Fokus 2 Memperhebatkan
Pembanterasan Rasuah, Kata Fokus 3 Kebebasan Media, Kata Fokus 4 Mesra
Perniagaan, dan Kata Fokus 6 Kedaulatan Undang-undang. Di samping itu,
pengkaji juga menggunakan sebanyak 51 laporan akhbar yang berkaitan
dengan empat kata fokus terpilih, iaitu 17 laporan akhbar berkaitan
Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah, l4 laporan akhbar berkaitan
Kebebasan Media, 11 laporan akhbar berkaitan Mesra Perniagaan, dan 9
laporan akhbar berkaitan Kedaulatan undang-undang sebagai bahan kajian
menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kajian yang dianalisis
menggunakan teori medan semantik Trier (1931) adalah leksikal-leksikal
sinonim, antonim dan hiponim yang terdapat dalam 51 laporan akhbar yang
berkaitan dengan empat kata fokus terpilih sahaja. Penganalisisan data adalah
secara deskriptif.
Dapatan kajian mendapati daripada 51 laporan akhbar yang dikaji berkaitan
empat kata fokus terpilih dalam slogan ‘Malaysia Baharu, didapati sebanyak 68
(33%) adalah leksikal sinonim, 76 (37%) leksikal antonim dan 60 (30%) leksikal
hiponim yang membentuk medan makna dalam slogan ‘Malaysia Baharu’
melalui hubungan paradigmatik. Selain itu, kajian juga mendapati dalam slogan ‘Malaysia Baharu’, leksikal sinonim didapati palingbanyak terdapat dalam Kata
Fokus 2 Memperhebat Pembanterasan Rasuah, iaitu sebanyak 25 (37%).
Leksikal antonim pula didapati paling banyak dalam Kata Fokus 3 Kebebasan
Media, iaitu sebanyak 38 (50%), manakala leksikal hiponim didapati paling
banyak dalam Kata Fokus 3 Kebebasan Media, iaitu sebanyak 21 (35%).
Kesimpulannya, dengan menggunakan teori medan makna J. Trier (1931),
makna setiap leksikal sinonim, antonim dan hiponim bagi empat kata fokus
terpilih dalam slogan ‘Malaysia Baharu’ telah dapat dianalisis dan dipersembahan dalam bentuk medan makna.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |