UPM Institutional Repository

Nilai keagamaan dalam novel terpilih Azizi Haji Abdullah


Citation

Ishak, Nadia (2020) Nilai keagamaan dalam novel terpilih Azizi Haji Abdullah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sebuah karya sastera yang bermutu ialah karya yang dapat membimbing hati dan jiwa insaniah ke arah kebaikan dan ketakwaan. Justeru, bahan-bahan karya sastera yang diketengahkan perlu memaparkan nilai-nilai keagamaan yang kukuh agar dapat memberikan impak yang berkesan terhadap sahsiah dan akhlak manusia sejagat. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk merungkai nilai-nilai keagamaan yang terdapat di dalam novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah. Objektif kajian ini adalah pertama, mengenal pasti nilai-nilai keagamaan dalam novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah berdasarkan Pengkaedahan Keagamaan dalam teori Pengkaedahan Melayu. Kedua, mengklasifikasikan nilai-nilai keagamaan dalam novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah berdasarkan Pengkaedahan Keagamaan dalam teori Pengkaedahan Melayu. Ketiga, menganalisis nilai-nilai keagamaan dalam novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah berdasarkan Pengkaedahan Keagamaan dalam teori Pengkaedahan Melayu. Selain itu, kerangka analisis kajian yang digunakan ialah teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Kajian ini dibuat berdasarkan sepuluh buah novel terpilih Azizi Haji Abdullah iaitu dekad 70-an; Senja Belum Berakhir (1971), Ayah Bonda (1978), dekad 80-an; Seorang Tua di Kaki Gunung (1982), Dee (1987), dekad 90-an; Cahaya di Pendalaman (1992), Suriati (1993), Ayahanda (1997), 2000-an Harga Sebuah Maruah (2002), Sangeetha (2006), Zikir Rindu (2009). Secara ringkasnya, dapatan kajian merumuskan bahawa novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah tidak memperlihatkan nilai-nilai keagamaan seperti yang dikehendaki. Menurut teori Pengkaedahan Melayu bagi meletakkan sesebuah karya sebagai karya yang mempunyai nilai keagamaan, karya tersebut perlu memperlihatkan ketiga-tiga prinsip pendekatan (Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni) dan empat ciri yang terdapat dalam setiap pendekatan yang terdapat dalam Pengkaedahan Keagamaan. Dengan kedudukannya yang sedemikian, ketiadaan salah satu prinsip pendekatan dan empat ciri tersebut ini, maka sesebuah karya tersebut tidak dapat dikemukakan sebagai karya yang memperlihatkan nilai-nilai keagamaan.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 58 UPMIR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay literature - History and criticism
Subject: Islam in literature
Call Number: FBMK 2021 58
Chairman Supervisor: Prof. Madya Kamariah binti Kamarudin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 00:54
Last Modified: 11 Apr 2023 00:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99443
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item