Citation
Ishak, Nadia
(2020)
Nilai keagamaan dalam novel terpilih Azizi Haji Abdullah.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Sebuah karya sastera yang bermutu ialah karya yang dapat membimbing hati dan
jiwa insaniah ke arah kebaikan dan ketakwaan. Justeru, bahan-bahan karya sastera
yang diketengahkan perlu memaparkan nilai-nilai keagamaan yang kukuh agar
dapat memberikan impak yang berkesan terhadap sahsiah dan akhlak manusia
sejagat. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk merungkai nilai-nilai
keagamaan yang terdapat di dalam novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah.
Objektif kajian ini adalah pertama, mengenal pasti nilai-nilai keagamaan dalam
novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah berdasarkan Pengkaedahan Keagamaan
dalam teori Pengkaedahan Melayu. Kedua, mengklasifikasikan nilai-nilai
keagamaan dalam novel-novel terpilih Azizi Haji Abdullah berdasarkan
Pengkaedahan Keagamaan dalam teori Pengkaedahan Melayu. Ketiga,
menganalisis nilai-nilai keagamaan dalam novel-novel terpilih Azizi Haji
Abdullah berdasarkan Pengkaedahan Keagamaan dalam teori Pengkaedahan
Melayu. Selain itu, kerangka analisis kajian yang digunakan ialah teori
Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Kajian ini dibuat berdasarkan
sepuluh buah novel terpilih Azizi Haji Abdullah iaitu dekad 70-an; Senja Belum
Berakhir (1971), Ayah Bonda (1978), dekad 80-an; Seorang Tua di Kaki Gunung
(1982), Dee (1987), dekad 90-an; Cahaya di Pendalaman (1992), Suriati (1993),
Ayahanda (1997), 2000-an Harga Sebuah Maruah (2002), Sangeetha (2006), Zikir
Rindu (2009). Secara ringkasnya, dapatan kajian merumuskan bahawa novel-novel
terpilih Azizi Haji Abdullah tidak memperlihatkan nilai-nilai keagamaan seperti
yang dikehendaki. Menurut teori Pengkaedahan Melayu bagi meletakkan sesebuah
karya sebagai karya yang mempunyai nilai keagamaan, karya tersebut perlu
memperlihatkan ketiga-tiga prinsip pendekatan (Pendekatan Dakwah, Pendekatan
Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni) dan empat ciri yang terdapat dalam setiap
pendekatan yang terdapat dalam Pengkaedahan Keagamaan. Dengan
kedudukannya yang sedemikian, ketiadaan salah satu prinsip pendekatan dan
empat ciri tersebut ini, maka sesebuah karya tersebut tidak dapat dikemukakan
sebagai karya yang memperlihatkan nilai-nilai keagamaan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |