UPM Institutional Repository

Penguasaan kemahiran membaca bahasa Arab menerusi gaya pembelajaran visual-auditori-kinestetik di IPTS


Citation

Rosnan, Farah Nur-Rashida (2020) Penguasaan kemahiran membaca bahasa Arab menerusi gaya pembelajaran visual-auditori-kinestetik di IPTS. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia telah meletakkan matlamat membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran asas bahasa antaranya ialah kemahiran membaca. Menurut Nazimah Ngah (2011), terdapat hubungan antara penggunaan gaya pembelajaran dengan yang betul dengan penguasaan bahasa Arab pelajar. Penggunaan gaya pembelajaran yang betul akan meningkatkan tahap kemahiran bahasa pelajar dalam menguasai bahasa Arab. Namun, masih terdapat kajian yang menunjukkan tahap kemahiran membaca bahasa Arab pelajar berada pada tahap yang kurang memuaskan, (Awatif, 2017). Ini kerana penggunaan gaya dan strategi pembelajaran kurang diadaptasi dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya di institusi pengajian tinggi swasta. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca bahasa Arab, membezakan kecenderungan gaya pembelajaran VAK, dan menganalisis korelasi antara tahap kemahiran bahasa Arab pelajar dengan gaya pembelajaran VAK. Kajian kuantitatif ini memanfaatkan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada soal selidik VAK sedia ada dan soalan ujian kemahiran membaca digunakan dalam proses pengumpulan data. Seramai 93 orang pelajar diploma pengkhususan Bahasa Arab di KUIS, KIAS dan KUIPSAS terpilih sebagai sampel kajian. Data diproses menggunakan SPSS versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca bahasa Arab di ketiga-tiga buah IPTS di tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan kesemua pelajar cenderung terhadap gaya pembelajaran VAK, dan tidak terdapat korelasi yang signifikan antara tahap kemahiran bahasa Arab pelajar dengan gaya pembelajaran VAK. Kajian ini diharap dapat membantu tenaga pengajar bahasa Arab dalam mengaplikasikan pendekatan gaya pembelajaran VAK khususnya dalam kemahiran membaca bahasa Arab.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 56 UPMIR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Reading (Higher education)
Subject: Arabic language - Study and teaching
Call Number: FBMK 2021 56
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mohd Azidan Abdul Jabar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 00:54
Last Modified: 11 Apr 2023 00:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99440
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item