UPM Institutional Repository

Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien


Citation

Metussin, Mohammad Shahrin (2019) Kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair terpilih Muda Omar Ali Saifuddien. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kewujudan syair, khususnya di Brunei Darussalam adalah khazanah yang sangat bernilai kepada masyarakat Melayu Brunei. Sebagai sebuah wadah puisi Melayu tradisional yang sarat dengan falsafah dan pemikiran sudah tidak syak lagi bahawa naratif syair mengandungi kata-kata konsep yang secara langsung berhubungan dengan alam Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menumpukan pengkajian makna dan hubungannya dengan pandangan alam Islam terhadap kata-kata konsep berkaitan alam Islam yang terkandung dalam syair-syair terpilih Muda Omar’Ali Saifuddien. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS. Menganalisis makna struktur dalam kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS, dan merumuskan kata konsep berkaitan alam Islam dalam syair MOAS. Data kajian pula terdiri daripada lima buah karya syair nukilan Muda Omar ’Ali Saifuddien, iaitu; Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Kenangan, dan Rampaian Laila Syair. Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis tekstual dilakukan dengan memberikan huraian secara deskriptif. Analisis makna dasar dan makna perkaitan dilakukan terhadap kata-kata konsep yang terkandung dalam rangkap-rangkap syair tertentu berdasarkan teori Semantik Struktural (Toshihiko Izutsu, 1959,1964). Manakala untuk merumuskan pandangan alam semesta (weltanschauung) pula menenerapkan pendekatan kerangka Pandangan Alam Islam Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1995 & 2015). Teori Semantik Struktural yang dikembangkan Izutsu menjelaskan bahawa dalam memahami kesepaduan konsep, perlu memahami makna setiap konsep dalam perspektif makna “asasi” (basic) dan “perkaitan” (relational). Pendekatan semantik tidak hanya menjelaskan makna secara harafiah namun lebih penting dari itu adalah mengungkapkan keseluruhan pengalaman budaya sebagai konsepsi penyair yang dikenali Izutsu sebagai Weltanschauung semantik Budaya melalui analitik rekonstruksi pada tahap analitik struktur. Dapatan kajian melalui analisis makna asasi dan makna perkaitan bagi setiap kata konsep dan istilah-istilah konsep yang melingkungi empat kata konsep utama sebagai pandangan alam syair, memperlihatkan bahawa terdapat makna perkaitan yang saling berhubung kait antara satu konsep dengan konsep yang lain. Akhirnya, pengkaji mendapati bahawa teori semantik struktutral (Izutsu) ini dapat mengungkapkan makna kata-kata konsep berkaitan pandangan alam yang terdiri daripada kata konsep tauhid, ilmu, adil dan adab menyerlahkan aspek pandangan alam Islam berasaskan karya syair. Tegasnya, setiap kata-kata konsep sebuah pandangan alam (weltanschauung), secara timbal-balik mewujudkan kata-kata konsep yang penuh pentafsiran makna berdasarkan lingkungan pengalaman konteks budaya. Sehubungan itu, dapatan kajian berdasarkan karya-karya syair MOAS jelas terbukti bahawa konsep tauhid dan ilmu disamping penyemaian adab dan adil berperanan sebagai nilai teras yang terdapat dalam pandangan alam Islam dan perlu ditanamkan dalam setiap manusia. Kelima-lima buah syair MOAS yang dikaji ini mengandungi unsur makna dan pandangan alam Islam sejajar dengan falsafah MIB. Kepentingan Ilmu dan keagungan Allah berlandaskan tauhid yang berteraskan Islam merupakan unsur yang dominan bagi kata konsep yang dijelmakan penyair MOAS. Selanjutnya struktur pandangan alam Islam berasaskan karya Syair MOAS menunjukkan bahawa ciri-ciri alam Islam jelas terpancar dan disedari kewujudannya melalui kata konsep dan istilah-istilah Islam sebagai penjelasan penstrukturan makna dan pandangan alam Islam terhadap konsep tauhid, ilmu, adil dan adab menjadi bukti terdapatnya lingkungan jalinan perkaitan makna dalam setiap kata konsep.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 50 UPMIR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Omar Ali Saifuddin III, Haji, Sultan of Brunei, 1914-1986 -Criticism and interpretation
Subject: Malay poetry - History and criticism. - Brunei
Subject: Islam in literature
Call Number: FBMK 2020 50
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 00:53
Last Modified: 11 Apr 2023 00:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99438
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item