Citation
Abdul Aziz, Farah Aziana
(2019)
Strategi penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah rendah agama integrasi di Selangor, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu intipati penting yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara setanding negara lain. Kebanyakan guru bahasa Melayu menghadapi masalah kekurangan strategi pengajaran KBAT dalam PdPc secara khusus. Sehubungan itu, kajian terhadap strategi penerapan KBAT perlu dilaksanakan agar jurang dalam kajian KBAT dapat ditangani segera. Kajian–kajian berkaitan KBAT sebelum ini banyak menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif. Oleh itu, kajian ini memilih kaedah kualitatif untuk mengkaji strategi penerapan KBAT dalam pengajaran guru bahasa Melayu Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor dengan melakukan pemerhatian langsung terhadap PdPc guru di dalam bilik darjah. Secara khusus kajian ini merangkumi tiga objektif utama, iaitu menghuraikan strategi penerapan KBAT dalam PdPc kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis di Sekolah Rendah Agama Integrasi Selangor. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kes, iaitu kes tentang strategi penerapan KBAT dalam pengajaran guru bahasa Melayu di Sekolah Rendah Agama Integrasi. Kajian ini memilih enam orang sampel kajian daripada tiga buah sekolah SRAI berlainan yang mengajar bahasa Melayu Tahun 5 yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Borang dan senarai semak pemerhatian digunakan bagi melihat strategi penerapan KBAT guru bahasa Melayu dalam PdP kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen pula digunakan bagi menyokong data pemerhatian yang diperoleh. Teori Taksonomi Bloom Semakan Anderson dan Krathwohl (2001) dan Model Pengajaran Robert Glaser (1962) digunakan bagi menjawab setiap persoalan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan strategi penerapan KBAT dalam PdPc kemahiran mendengar dan bertutur yang paling banyak berlaku kemudian diikuti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Hasil kajian menunjukkan hampir keenam-enam peserta kajian menjalankan pengajaran KBAT bermula dengan penentuan objektif pengajaran, berdasarkan pengetahuan sedia ada murid, penggunaan kaedah pengajaran KBAT yang sesuai dan penilaian terhadap PdPc yang dijalankan dengan baik. Penggunaan Model Pengajaran Robert Glaser menerapkan KBAT dalam pengajaran boleh dijadikan sumber panduan kepada semua warga pendidik untuk menjalankan pengajaran KBAT dengan berkesan sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Thought and thinking - Study and teaching (Primary) - Malaysia |
Subject: |
Malay language - Study and teaching |
Subject: |
Critical thinking |
Call Number: |
FPP 2020 44 |
Chairman Supervisor: |
Fadzilah binti Abd Rahman, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Keywords: |
higher order thinking skills, strategy implementation, language skills, taksonomi’s theory |
Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
Date Deposited: |
04 Apr 2023 03:41 |
Last Modified: |
04 Apr 2023 03:41 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99400 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |