UPM Institutional Repository

Keberkesanan penyampaian perkhidmatan Program 1 Murid 1 Sukan di Putrajaya berdasarkan persepsi pemegang taruh


Citation

Hanapi, Suharyanti (2020) Keberkesanan penyampaian perkhidmatan Program 1 Murid 1 Sukan di Putrajaya berdasarkan persepsi pemegang taruh. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penyampaian perkhidmatan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Terdapat kekurangan dari segi penyampaian program yang menyebabkan salah satu objektif dasar dalam memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal tidak tercapai sepenuhnya. Kerangka teoretikal kajian ini adalah berasaskan teori pemegang taruh dan pendekatan multiple constituency. Reka bentuk kajian adalah gabungan kuantitatif dan kualitatif (mix method). Populasi kajian ini terdiri daripada pelbagai pemegang taruh yang terlibat dalam program 1 Murid 1 Sukan. Responden seramai 306 guru pelaksana yang terdiri daripada 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata mengikut kadar (proportionate stratified sampling) untuk menjawab soal selidik keberkesanan penyampaian perkhidmatan Dasar 1 Murid 1 Sukan di Putrajaya yang diadaptasi daripada instrumen successful service delivery of Mass Sports (Shariff, 2012). Manakala temu bual dijalankan ke atas pengetua, pegawai sukan negeri dan pegawai sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengekodan analisa temu bual secara manual dilaksanakan untuk mengenal pasti tema-tema bagi menjawab persoalan kajian dan analisis statistik termasuk statistik deskriptif, ujian t dan ujian ANOVA. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tugasan utama yang menyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan program 1 Murid 1 Sukan bagi kumpulan guru lelaki (M=7.51, SP=1.959) dan kumpulan guru perempuan (M=7.03, SP=1.976; t (2.007) =304, p = .046 < 0.05). Bagi analisis ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min misi organisasi yang menyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan program 1 Murid 1 Sukan [F (7, 298) =2.898, p = .006 < 0.05] bagi kepelbagaian jawatan dalam kokurikulum. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min kepuasan guru pelaksana terhadap program 1 Murid 1 Sukan [F (3,305) = 2.762, p = 0.042 < 0.05] berdasarkan tempoh kumpulan perkhidmatan dalam organisasi. Berikutnya terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan guru pelaksana terhadap prestasi penyampaian perkhidmatan 1 Murid 1 Sukan [F (3, 305) =2.790, p = 0.041 < 0.05] berdasarkan tempoh kumpulan pengalaman memegang jawatan dalam kokurikulum. Bagi kajian kualitatif, tema bagi persepsi pemegang taruh terhadap faktor penyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan 1 Murid 1 Sukan adalah komitmen yang baik, sokongan organisasi, sokongan kewangan yang baik, kepelbagaian program, kesedaran awam dan sokongan pelbagai agensi. Manakala tema bagi persepsi pemegang taruh terhadap keupayaan organisasi ialah penyebaran maklumat, memperkukuhkan keupayaan sumber manusia, mengukuhkan sokongan kewangan dan penyediaan lebih banyak kemudahan. Seterusnya, tema persepsi pemegang taruh terhadap kepuasan program 1 Murid 1 Sukan adalah penglibatan murid, penilaian program, kepimpinan, hubungan yang baik dan pengukuhan NGO sebagai penyedia sukan. Keberkesanan penyampaian perkhidmatan program 1 Murid 1 Sukan banyak bergantung kepada pencapaian matlamat yang telah ditentukan oleh bahagian sukan KPM dan memenuhi kepuasan pelbagai pemegang taruh seperti pegawai sukan, guru pelaksana, ibu bapa dan murid ke atas aktiviti yang telah dirancang. Pendekatan multiple constituency menganggap sesuatu program itu berjaya dilaksanakan apabila program tersebut telah dapat memenuhi kepentingan pemegang taruh seterusnya dapat mencapai matlamat yang telah disasarkan.


Download File

[img] Text
SUHARYANTI BINTI HANAPI - IR.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Curriculum planning - Putrajaya (Malaysia)
Subject: School sports
Subject: Sports and state - Malaysia
Call Number: FPP 2020 40
Chairman Supervisor: Aminuddin Bin Yusof, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Service delivery, 1 Student 1 Sports policy, Organization mission, Activity, Main task, Contributing factor to success program, Organization capabilities, Satisfaction programs.
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 03:39
Last Modified: 04 Apr 2023 03:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99398
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item