Citation
Hanapi, Suharyanti
(2020)
Keberkesanan penyampaian perkhidmatan Program 1 Murid 1 Sukan di Putrajaya berdasarkan persepsi pemegang taruh.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan
penyampaian perkhidmatan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Terdapat kekurangan dari segi
penyampaian program yang menyebabkan salah satu objektif dasar dalam
memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal tidak
tercapai sepenuhnya. Kerangka teoretikal kajian ini adalah berasaskan teori pemegang
taruh dan pendekatan multiple constituency. Reka bentuk kajian adalah gabungan
kuantitatif dan kualitatif (mix method). Populasi kajian ini terdiri daripada pelbagai
pemegang taruh yang terlibat dalam program 1 Murid 1 Sukan. Responden seramai
306 guru pelaksana yang terdiri daripada 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan
Putrajaya dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata mengikut kadar
(proportionate stratified sampling) untuk menjawab soal selidik keberkesanan
penyampaian perkhidmatan Dasar 1 Murid 1 Sukan di Putrajaya yang diadaptasi
daripada instrumen successful service delivery of Mass Sports (Shariff, 2012).
Manakala temu bual dijalankan ke atas pengetua, pegawai sukan negeri dan pegawai
sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengekodan analisa temu bual secara
manual dilaksanakan untuk mengenal pasti tema-tema bagi menjawab persoalan
kajian dan analisis statistik termasuk statistik deskriptif, ujian t dan ujian ANOVA.
Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
tugasan utama yang menyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan
program 1 Murid 1 Sukan bagi kumpulan guru lelaki (M=7.51, SP=1.959) dan
kumpulan guru perempuan (M=7.03, SP=1.976; t (2.007) =304, p = .046 < 0.05). Bagi
analisis ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min misi
organisasi yang menyumbang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan
program 1 Murid 1 Sukan [F (7, 298) =2.898, p = .006 < 0.05] bagi kepelbagaian
jawatan dalam kokurikulum. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara min kepuasan guru pelaksana terhadap program 1
Murid 1 Sukan [F (3,305) = 2.762, p = 0.042 < 0.05] berdasarkan tempoh kumpulan
perkhidmatan dalam organisasi. Berikutnya terdapat perbezaan yang signifikan antara
kepuasan guru pelaksana terhadap prestasi penyampaian perkhidmatan 1 Murid 1
Sukan [F (3, 305) =2.790, p = 0.041 < 0.05] berdasarkan tempoh kumpulan
pengalaman memegang jawatan dalam kokurikulum. Bagi kajian kualitatif, tema bagi
persepsi pemegang taruh terhadap faktor penyumbang kepada keberkesanan
penyampaian perkhidmatan 1 Murid 1 Sukan adalah komitmen yang baik, sokongan
organisasi, sokongan kewangan yang baik, kepelbagaian program, kesedaran awam
dan sokongan pelbagai agensi. Manakala tema bagi persepsi pemegang taruh terhadap
keupayaan organisasi ialah penyebaran maklumat, memperkukuhkan keupayaan
sumber manusia, mengukuhkan sokongan kewangan dan penyediaan lebih banyak
kemudahan. Seterusnya, tema persepsi pemegang taruh terhadap kepuasan program 1
Murid 1 Sukan adalah penglibatan murid, penilaian program, kepimpinan, hubungan
yang baik dan pengukuhan NGO sebagai penyedia sukan.
Keberkesanan penyampaian perkhidmatan program 1 Murid 1 Sukan banyak
bergantung kepada pencapaian matlamat yang telah ditentukan oleh bahagian sukan
KPM dan memenuhi kepuasan pelbagai pemegang taruh seperti pegawai sukan, guru
pelaksana, ibu bapa dan murid ke atas aktiviti yang telah dirancang. Pendekatan
multiple constituency menganggap sesuatu program itu berjaya dilaksanakan apabila
program tersebut telah dapat memenuhi kepentingan pemegang taruh seterusnya dapat
mencapai matlamat yang telah disasarkan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Curriculum planning - Putrajaya (Malaysia) |
Subject: |
School sports |
Subject: |
Sports and state - Malaysia |
Call Number: |
FPP 2020 40 |
Chairman Supervisor: |
Aminuddin Bin Yusof, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Keywords: |
Service delivery, 1 Student 1 Sports policy, Organization mission,
Activity, Main task, Contributing factor to success program, Organization capabilities,
Satisfaction programs. |
Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
Date Deposited: |
04 Apr 2023 03:39 |
Last Modified: |
04 Apr 2023 03:39 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99398 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |