Citation
Ahmad Ghazali, Akmar Hayati
(2001)
Amalan Komunikasi dan Status Pengetahuan, Sikap Serta Amalan Kesihatan Ibu-Ibu Semasa Hamil di Kawasan Terpilih di Daerah Kuala Kangsar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status pengetahuan, sikap dan amalan (penerimaan guna) kesihatan ibu-ibu semasa hamil menerusi amalan komunikasi dengan pengamal perubatan dan media massa di kawasan terpilih di negeri Perak Darul Ridzuan. Penyebaran maklumat menerusi amalan komunikasi pengamal perubatan dan media massa penting bagi meningkatkan status kesihatan ibu-ibu semasa hamil. Objektif khusus kajian ini ialah untuk mengetahui bagaimana kedua-dua amalan ini mempengaruhi status pengetahuan, sikap dan amalan. Perkaitan antara beberapa angkubah demografi dan faktor amalan komunikasi dengan status pengetahuan, sikap dan amalan turut menjadi objektifkajian ini. Sampel rawak seramai 172 orang ibu-ibu hamil di Daerah Kuala Kangsar telah digunakan. Data telah dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui temubual perseorangan. Pada keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa wujud perkaitan yang tidak signifikan berhubung dengan status pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan ibu-ibu semasa hamil dengan faktor am alan komunikasi. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa status pengetahuan, sikap dan amalan responden tidak dipengaruhi oleh faktor demografi seperti umur, taraf pendidikan, jumlah pendapatan dan bilangan anak. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan bahawa responden memilih aktiviti ceramah dan nasihat perseorangan me1alui amalan komunikasi pengamal perubatan. Maklumat kesihatan yang sering disampaikan adalah tentang persediaan awal kehamilan. Manakala amalan komunikasi menerusi media massa yang dijadikan sumber rujukan utama responden ialah TV, radio dan majalah yang menerbitkan maklumat tentang persediaan awal kehamilan, pemeriksaan kesihatan, kesihatan wanita hamil dan pemakanan ibu hamil.
Hasil kajian mendapati bahawa status pengetahuan dan amalan responden adalah tinggi tetapi ia bukan dipengaruhi oleh pendedahan kepada pengamal perubatan dan media massa. Namun begitu, status sikap responden terhadap kesihatan adalah
signifikan dan ia dipengaruhi oleh perhubungan dengan pengamal perubatan juga turut ditunjukkan dalam temuan kajian ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |