UPM Institutional Repository

Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid sains rumah tangga tingkatan empat


Citation

Takko, Misra (2020) Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid sains rumah tangga tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif teknik Student Teams-Achievement Division (STAD) terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid Sains Rumah Tangga (SRT) tingkatan empat. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan di dua buah sekolah menengah harian di Selangor dan dua buah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental yang melibatkan 182 orang murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT). Data yang dikumpul dianalisis menggunakan ujian t dan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences for Windows (SPSS) Versi 23. Seramai 91 orang murid terlibat dalam kumpulan koperatif dan seramai 91 orang murid terlibat dalam kumpulan konvensional. Kedua-dua kumpulan ini menduduki ujian pra sebelum eksperimen dijalankan. Setelah selesai eksperimen selama lima minggu, murid dikehendaki menduduki ujian pasca yang merangkumi topik yang dipelajari sepanjang tempoh eksperimen dijalankan. Data dikutip menggunakan satu set instrumen meliputi tiga bahagian. Bahagian A berkenaan dengan demografi responden, Bahagian B merupakan soal selidik yang merangkumi pemboleh ubah bersandar kemahiran komunikasi, dan Bahagian C pula adalah berkenaan dengan soalan ujian. Secara keseluruhannya terdapat lapan hipotesis kajian disediakan dengan setiap satunya dijalankan analisis ujian t tak bersandar dan Ujian t berpasangan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) antara kumpulan koperatif dengan kumpulan konvensional dalam ujian pasca dengan t(180)=10.57, p=.000<.05. Dapatan kajian turut menunjukkan peningkatan skor min kumpulan koperatif lebih tinggi daripada kumpulan konvensional dengan nilai min kumpulan koperatif (M=54.41, SP=12.04) berbanding dengan kumpulan konvensional (M=38.36, SP=8.04). Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan koperatif dengan kumpulan konvensional terhadap kemahiran komunikasi dalam ujian pasca dengan nilai t(180)= 4.06, p=.000<.05. Dapatan turut menunjukkan peningkatan kemahiran komunikasi kumpulan koperatif lebih tinggi daripada kumpulan konvensional dengan nilai min kumpulan koperatif (M=3.82, SP=0.209) berbanding dengan kumpulan konvensional (M=3.58, SP=0.527). kesimpulannya, berdasarkan kepada keseluruhan dapatan kajian ini mendapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif mampu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid Sains Rumah Tangga (SRT) tingkatan empat. Oleh itu, pendekatan ini boleh digunakan sebagai pelengkap kepada pembelajaran konvensional dalam mata pelajaran SRT di sekolah menengah.


Download File

[img] Text
FPP 2021 27 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Thought and thinking - Study and teaching (Secondary)
Subject: Critical thinking - Study and teaching
Subject: Home economics - Study and teaching
Call Number: FPP 2021 27
Chairman Supervisor: Rahimah binti Jamaluddin, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 00:30
Last Modified: 11 Apr 2023 00:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99365
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item