Citation
Takko, Misra
(2020)
Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid sains rumah tangga tingkatan empat.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif
teknik Student Teams-Achievement Division (STAD) terhadap kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid
Sains Rumah Tangga (SRT) tingkatan empat. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan
di dua buah sekolah menengah harian di Selangor dan dua buah sekolah
menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimental yang melibatkan 182 orang murid tingkatan empat yang
mengambil mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT). Data yang dikumpul
dianalisis menggunakan ujian t dan menggunakan perisian Statistical Package
for The Social Sciences for Windows (SPSS) Versi 23. Seramai 91 orang murid
terlibat dalam kumpulan koperatif dan seramai 91 orang murid terlibat dalam
kumpulan konvensional. Kedua-dua kumpulan ini menduduki ujian pra sebelum
eksperimen dijalankan. Setelah selesai eksperimen selama lima minggu, murid
dikehendaki menduduki ujian pasca yang merangkumi topik yang dipelajari
sepanjang tempoh eksperimen dijalankan. Data dikutip menggunakan satu set
instrumen meliputi tiga bahagian. Bahagian A berkenaan dengan demografi
responden, Bahagian B merupakan soal selidik yang merangkumi pemboleh
ubah bersandar kemahiran komunikasi, dan Bahagian C pula adalah berkenaan
dengan soalan ujian. Secara keseluruhannya terdapat lapan hipotesis kajian
disediakan dengan setiap satunya dijalankan analisis ujian t tak bersandar dan
Ujian t berpasangan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) antara
kumpulan koperatif dengan kumpulan konvensional dalam ujian pasca dengan
t(180)=10.57, p=.000<.05. Dapatan kajian turut menunjukkan peningkatan skor
min kumpulan koperatif lebih tinggi daripada kumpulan konvensional dengan
nilai min kumpulan koperatif (M=54.41, SP=12.04) berbanding dengan
kumpulan konvensional (M=38.36, SP=8.04). Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan koperatif dengan
kumpulan konvensional terhadap kemahiran komunikasi dalam ujian pasca
dengan nilai t(180)= 4.06, p=.000<.05. Dapatan turut menunjukkan peningkatan
kemahiran komunikasi kumpulan koperatif lebih tinggi daripada kumpulan
konvensional dengan nilai min kumpulan koperatif (M=3.82, SP=0.209)
berbanding dengan kumpulan konvensional (M=3.58, SP=0.527).
kesimpulannya, berdasarkan kepada keseluruhan dapatan kajian ini mendapati
bahawa kaedah pembelajaran koperatif mampu meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid
Sains Rumah Tangga (SRT) tingkatan empat. Oleh itu, pendekatan ini boleh
digunakan sebagai pelengkap kepada pembelajaran konvensional dalam mata
pelajaran SRT di sekolah menengah.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Thought and thinking - Study and teaching (Secondary) |
Subject: |
Critical thinking - Study and teaching |
Subject: |
Home economics - Study and teaching |
Call Number: |
FPP 2021 27 |
Chairman Supervisor: |
Rahimah binti Jamaluddin, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Editor
|
Date Deposited: |
11 Apr 2023 00:30 |
Last Modified: |
11 Apr 2023 00:30 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99365 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |