Citation
Abstract
Makalah ini membincangkan tentang pandangan golongan belia, khususnya, mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang identiti nasional. Persoalan identiti nasional merupakan suatu elemen yang cukup kompleks dan abstrak. Penerimaan dan pemahaman seseorang terhadap identiti nasional amat berbeza dan rencam sifatnya. Lantaran itu, satu kajian spesifik telah dijalankan berkaitan dengan penerimaan dan pemahaman golongan belia umumnya dan mahasiswa UPM khususnya terhadap perkara ini. Kajian ini mengaplikasi pendekatan kualitatif melalui Nominal Group Technique (NGT) yang dijalankan terhadap mahasiswa UPM. Mereka dipilih berdasarkan kepada kumpulan etnik tertentu bagi menggambarkan persekitaran realiti masyarakat Malaysia. Keutamaan diberikan adalah pelajar yang telah mengambil kursus Hubungan Etnik dan Kenegaraan Malaysia. Umumnya, hasil kajian mendapati mereka faham tentang konsep identiti nasional tetapi dengan tingkat keamatan yang berbeza-beza. Mereka juga boleh mengklasifikasikan ciri-ciri identiti nasional dan melihat kesepaduan dalam kepelbagaian menjadi intipati utama dalam pengekalan keharmonian di negara ini. Kajian turut mendapati golongan belia akar umbi menerima simbol dan berbangga dengan kepelbagaian agama serta etnik dan elemen-elemen yang mengikat di antara rakyat.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.aensiweb.com/RJSS/
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
Publisher: | AENSI Publication |
Keywords: | National identity; Daily interpretation; Grassroots youth; UPM |
Depositing User: | Mohamad Jefri Mohamed Fauzi |
Date Deposited: | 15 Mar 2023 07:23 |
Last Modified: | 15 Mar 2023 07:23 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99362 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |