Citation
Mohd Hassan, Hanis Izrin
(2020)
Plagiat kendiri dalam artikel jurnal ilmiah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Plagiat kendiri merupakan tindakan tidak beretika pengarang yang mengitar semula
atau meniru hasil penulisan sendiri yang telah diterbitkan. Kesukaran mengesan
plagiat kendiri dalam artikel jurnal ilmiah menjadi salah satu faktor plagiat kendiri
dalam artikel jurnal ilmiah terus berlaku. Faktor ini telah mendorong pelaku untuk
terus melakukan plagiat kendiri kerana sering terlepas daripada dikenakan sebarang
tindakan dan dilihat semakin sukar dibendung. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
mengenal pasti artikel jurnal ilmiah bidang bahasa Melayu yang mengandungi unsur
plagiat kendiri, menganalisis jenis-jenis plagiat kendiri dalam artikel jurnal ilmiah
bidang bahasa Melayu dan merumuskan jenis plagiat yang paling dominan dalam
artikel jurnal ilmiah bidang bahasa Melayu. Kajian ini berfokus kepada artikel jurnal
ilmiah berbahasa Melayu yang mengupas mengenai ruang lingkup berkaitan bidang
bahasa Melayu yang dapat diakses melalui pangkalan data Malaysia Citation Index
(MyCite). Pendekatan kualitatif berdasarkan kaedah analisis kandungan digunakan
untuk mencapai objektif kajian manakala model yang digunakan dalam kajian ini
ialah Taksonomi Plagiat (Alzahrani, Salim dan Abraham, 2012).
Berdasarkan dapatan kajian, jenis plagiat yang paling dominan dilakukan dalam
penulisan artikel yang dikaji ialah plagiat langsung (77%) berbanding plagiat pintar
(23%). Plagiat langsung yang paling banyak dilakukan oleh pengarang ialah salinan
hampir serupa (penggantian) iaitu sebanyak 30% diikuti salinan hampir serupa
(penghapusan) sebanyak 22%. Salinan hampir serupa (penambahan) mewakili
sebanyak 14% dan salinan terus yang serupa (sebahagian dokumen) mewakili
sebanyak 8%. Jenis plagiat salinan hampir serupa (gabungan/pisahan), salinan
diubah suai (susunan semula frasa) dan salinan yang diubah suai (sintaks) mewakili
jumlah peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 1%. Peratusan plagiat peniruan
idea (bahagian utama teks) mewakili sebanyak 11% yang merupakan peratusan
paling tinggi antara jenis-jenis plagiat pintar. Manipulasi teks (ringkasan), peniruan
idea (makna berdasarkan semantik) dan penterjemahan pula mewakili jumlah
peratusan yang sama iaitu sebanyak 4%. Kajian ini juga mendapati bahawa jenis plagiat salinan terus yang serupa (keseluruhan dokumen), peniruan idea (adaptasi
berdasarkan konteks) dan manipulasi teks (parafrasa) tidak berlaku dalam artikel
jurnal ilmiah yang dikaji. Secara rumusannya, plagiat kendiri berlaku dalam pelbagai
bidang akademik di seluruh dunia termasuklah bidang bahasa Melayu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |