UPM Institutional Repository

Sistem Sapaan dalam Bahasa Minangkabau: Suatu Tinjauan Sosiolinguistik


Citation

H. Yuzar Akmam, Media Sandra Kasih (2000) Sistem Sapaan dalam Bahasa Minangkabau: Suatu Tinjauan Sosiolinguistik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kata sapaan merupakan komponen sosial yang penting dalam masyarakat Minangkabau. Kata sapaan dalam budaya dan bahasa Minangkabau dititikberatkan, kerana cara menyapa dan memanggil berkait dengan usia, peringkat dalam keluarga, dan tempat asal si penyapa. Tesis ini merupakan suatu kajian mengenai kata sapaan yang terdapat dalam masyarakat Minangkabau. Sementara itu, wilayah yang dikaji meliputi wilayah darek dan rantau. Kata sapaan yang dikaji terdiri daripada kata sapaan kekeluargaan, umum, adat dan kata sapaan agama. Bagi menganalisis kata sapaan ini, digunakan peraturan dan pendekatan sosiolinguistik. Antara peraturan dan pendekatan ini ialah peraturan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Ervin-Tripp, iaitu Peraturan Altemasi (Alternation Rules), Peraturan Perurutan (Sequencing Rules), dan Peraturan Kejadian Bersama (Co-Occurrence Rules). Selain itu, komponen berbahasa dalam komunikasi (SPEAKING) oleh Hymes, diberikan tumpuan juga. Daripada penganalisisan tersebut dapat disimpulkan seperti yang berikut (a) Sistem sapaan ini berkaitan rapat dengan system nilai sosio budaya Minangkabau, (b) Sistem sapaan dalam bahasa Minangkabau sangat bervariasi, (c) Sistem sapaan bahasa Minangkabau ditentukan oleh usia penyapa dan si disapa, (d) Kata sapaan di wilayah darek (darat) mempunyai perbezaan apabila dibandingkan dengan wilayah rantau, (e) Perbezaan kata sapaan di darek (darat) dengan di rantau dapat dimengertikan oleh masyarakat di kedua-dua buah wilayah, (f) Kata sapaan di kawasan kota menunjukkan perubahan dan dipengaruhi oleh bahasa dan budaya luar.


Download File

[img] Text
FBMK_2000_11_IR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Minang Kabau language - Terms and phrases
Subject: Minang Kabau language - Etymology
Call Number: FBMK 2000 11
Chairman Supervisor: Professor Hj. Amat Juhari Moain, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 25 Feb 2011 05:19
Last Modified: 06 Dec 2023 01:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9925
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item