Citation
Abd. Ghani, Mohamad
(2000)
Isu dan Pemikiran dalam Drama Melayu Berunsur Sejarah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Drama sejarah adalah satu daripada cabang drama sandiwara Melayu yang popular pada zaman selepas Perang Dunia Kedua. Oleh itu, satu kajian tentang drama sejarah perlu dijalankan memandangkan peranan penting yang dimainkannya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Kajian ini akan membicarakan pelbagai isu dan pemikiran yang menjadi unsur terpenting dalam pembinaan sesebuah drama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengesan dan menggalur latar dan perkembangan drama sejarah pada dekad 1950-an dan dekad 1960-an, serta mengkaji dan menganalisis pemikiran pengarang dalam drama sejarah pada dekad tersebut. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti unsur-unsur moral dalam isu dan pemikiran yang tersurat dan tersirat dalam drama sejarah tersebut. Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data ialah kaedah penyelidikan kepustakaan dan data sekunder. Pendekatan yang digunakan ialah Strukturalisme Genetik bersama-sama pendekatan lain seperti pendekatan resepsi. Data-data dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif bersama-sama kaedah interpretasi perbandingan, kaedah pengumpulan dokumen serta kaedah analisis konsep. Keputusan kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa fenomena isu sosial yang dikemukakan, terdapat pelbagai pemikiran yang disampaikan oleh pengarang secara tersurat dan tersirat. Jelas menunjukkan bahawa drama
sejarah bukan sahaja menjadi media hiburan semata-mata tetapi mengandungi unsur-unsur moral yang memberi ingatan dan pengajaran kepada masyarakat. Penemuan lain menunjukkan perubahan zaman turut mempengaruhi politik, pendidikan dan sosial negara, lantas mempengaruhi pemikiran pengarang. Oleh
itu, tanggapan atau pemikiran pengarang terhadap sesuatu isu turut berubah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |