Citation
Ismail, Md Faridz
(2019)
Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Intim profesional di tempat kerja (IPDTK) adalah suatu fenomena yang sering
berlaku dalam suasana kerja yang mana seringkali ditafsirkan dengan perspektif
negatif. Namun, konsep berkenaan perhubungan ini mepunyai pelbagai perspektif
yang dinamik yang mana kajian ini cuba merungkai pemasalahan ini. Justeru,
penyelidik menggunakan kaedah kualitatif fenomenologi ini dengan menggunakan
rekabentuk kajian temubual secara mendalam dengan informan yang terdiri daripada
13 orang belia muslim professional yang dipilih dengan teknik persempelan
bertujuan untuk mendapatkan jawapan. Ini bagi mencapai objektif kajian iaitu; (1)
untuk mendapatkan makna dinamika IPDTK perspektif belia muslim, (2) untuk
memahami IPDTK yang berlaku dalam kalangan belia muslim, (3) untuk
mengetahui kesan IPDTK kepada Pembangunan Belia Positif (PYD) dan (4) untuk
mengetahui cara belia muslim menyantuni IPDTK. Hasil kajian daripada objektif
pertama mendapati bahawa makna dinamika IPDTK berdasarkan magnitud yang
merupakan tiga tema kategori iaitu hubungan keserakanan, hubungan intim
profesional dan hubungan intim peribadi yang merangkumi sembilan subtema. Hasil
kajian daripada objektif kedua pula mendapati bahawa IPDTK yang berlaku dalam
kalangan belia muslim merupakan suatu proses yang panjang melibatkan hubungan
interpersonal antara individu yang mana terdiri daripada tiga kategori tema iaitu
berkenal-kenalan (taaruf), faham-memahami (tafahum) dan tolong-menolong
(takaful) yang merangkumi 13 subtema. Berdasarkan objektif kajian ketiga pula
dapat difahami bahawa IPDTK memberi kesan positif terhadap PYD yang mana
merangkumi lima tema iaitu berkeyakinan, berkebolehan, keterikatan,
berkeperibadian dan penyayang yang merangkumi sembilan subtema. Manakala
hasil kajian terakhir untuk objektif kajian keempat didapati bahawa belia muslim
menyantuni IPDTK dengan berpegang kepada prinsip Islam dan nilai profesional
yang mana melibatkan empat kategori tema iaitu pegangan agama sebagai
pendinding, menghormati jarak peribadi, sikap mengatasi intim peribadi negatif, polisi hubungan profesional antara pekerja yang merangkumi tujuh subtema.
Kesimpulan daripada kajian didapati bahawa asas IPDTK mempunyai dinamika
perspektif iaitu suatu hubungan yang sangat akrab namun sangat profesional yang
mempunyai tiga magnitud iaitu hubungan keserakanan, intim profesional dan intim
peribadi. Oleh itu, bagi kajian yang akan datang, penyelidik mencadangkan agar
kajian menilai perspektif belia untuk semua kaum samaada warga tempatan dan
warga asing yang mana dilakukan secara kuantitatif di Lembah Kelang bagi
memahami fenomena ini secara lebih mendalam dalam perspektif Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |