Citation
Idrus, Norlida
(2020)
Pengaruh keperluan psikologi asas dan motivasi terhadap komitmen dan kepuasan kerja guru dibimbing oleh pakar pembimbing peningkatan sekolah di Perak, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap keperluan psikologi asas, motivasi,
komitmen dan kepuasan kerja guru dibimbing (GDB) oleh Pakar Pembimbing
Peningkatan Sekolah (SISC+). Selain itu, kajian ini juga mengkaji pengaruh antara
keperluan psikologi asas dengan motivasi seterusnya pengaruh motivasi dengan
komitmen dan kepuasan kerja GDB. Kajian berbentuk deskriptif korelasi ini
melibatkan seramai 291 orang GDB sekolah menengah di Negeri Perak yang diplih
secara persampelan rawak berstarata berkadar dan persampelan rawak mudah.
Analisis deskriptif kajian ini menggunakan perisian SPSS 22.0. Kajian ini
menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada pengkaji lepas sebagai
instrumen kajian. Hasil kajian mendapati tahap keperluan psikologi asas adalah tinggi
(M = 5.25, SP= 1.05). Manakala tahap motivasi GDB adalah tinggi (M = 5.22, SP =
1.12). Sementara itu, tahap komitmen kerja (M = 4.93, SP =1.04) GDB adalah
sederhana, manakala tahap kepuasan kerja (M = 5.63, SP = 0.99) GDB adalah tinggi.
Analisis Inferensi kajian ini dijalankan dengan menggunakan analisis berdasarkan
varians (Varians based) melalui perisian Smart PLS 3.2.3. Hasil analisis pekali laluan
mendapati hanya autonomi terhadap peraturan diselaraskan (β = 0.078, t = 1.070, p =
0.284), kompetensi terhadap peraturan diselaraskan (β = 0.041, t = 0.627, p = 0.530),
kompetensi terhadap amotivasi (β = 0.078, t = 1.053, p = 0.292), kesalinghubungan
terhadap peraturan luaran (β = 0.103, t = 1.673, p = 0.094) dan kesalinghubungan
terhadap amotivasi (β = 0.013, t = 0.194, p = 0.846) sahaja tidak mempunyai pengaruh
signifikan. Sementara itu, bagi pengaruh motivasi terhadap komitmen hanya peraturan
di selaraskan (β = 0.1647, t = 3.075, **p = 0.002) dan peraturan dikenal pasti (β =
0.307, t = 3.204, ***p = 0.001) sahaja terdapat pengaruh signifikan. Bagi pengaruh
motivasi dengan kepuasan kerja hanya peraturan luaran (β = 0.0319, t = 0.732, p =
0.464) sahaja tidak terdapat pengaruh signifikan. Peramal signifikan utama motivasi
bagi komitmen kerja guru dibimbing adalah peraturan dikenal pasti (β = 0.307) manakala bagi kepuasan kerja adalah peraturan bersepadu (β = 0.285). Dapatan kajian
ini telah memberi implikasi teoritikal kepada penggunaan Teori SDT kepada guruguru
khususnya GDB.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |