Citation
N. Marie, Vivekananda M.
(2020)
Pengaruh berita sukan terhadap sikap jurulatih dan pemain bola sepak.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pelaporan sesuatu mesej mesti menggunakan bahasa yang jelas dan tepat dalam
menyampaikan isi kandungan kepada pembaca. Laporan dalam surat khabar juga
memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada pembaca. Hampir
kesemua surat khabar utama negara mempunyai ruangan sukan bola sepak sebagai
daya tarikan kepada pembaca. Laporan sukan bola sepak yang disiarkan boleh
mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain. Laporan yang baik sudah semestinya
mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain untuk memberikan persembahan yang baik
dan sebaliknya. Laporan yang memberikan motivasi yang baik sudah tentu akan
memberikan keyakinan dan semangat kepada jurulatih dan pemain. Berasaskan hal ini,
kajian ini adalah mengenai pengaruh laporan berita sukan terhadap sikap jurulatih dan
pemain bola sepak. Objektif kajian pertama ialah, mengenal pasti laporan berita sukan
bola sepak yang mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain. Objektif kedua,
menganalisis laporan penulisan berita sukan bola sepak terhadap sikap jurulatih dan
pemain berdasarkan Teori Motivasi. Objektif ketiga, menganalisis penggunaan bahasa
laporan berita sukan bola sepak terhadap sikap jurulatih dan pemain berdasarkan Teori
Kegunaan dan Kepuasan(U&G). Objektif keempat, merumuskan laporan berita sukan
bola sepak terhadap sikap jurulatih dan pemain. Kajian ini telah menggunakan Berita
Harian sebagai data kajian dan segmen berita sukan bola sepak Liga Malaysia. Kajian
meliputi untuk dua tahun iaitu 2015 dan 2016. Sebanyak 143 laporan berita bagi
tahun 2015 dan 157 laporan berita bagi tahun tahun 2016 telah diambil sebagai bahan
kajian. Kaedah pensampelan sistematik telah digunakan bagi mengambil 20 buah
laporan bagi tahun tahun 2015 dan 2016. Bagi tujuan perbincangan telah diambil
sebanyak 5 buah petikan berita bagi tahun 2015 dan 2016. Selain itu, telah dijalankan
soal selidik terhadap 7 orang jurulatih bola sepak profesional dan 40 orang pemain bola
sepak dalam liga Malaysia. Tujuan dijalankan soal selidik adalah untuk mendapatkan
maklum balas tentang laporan berita sukan bola sepak dalam surat khabar. Data telah dianalisis menggunakan gabungan tatacara analisis kuantitatif dan kualitatif.
Hasil dapatan kajian menunjukkan laporan berita sukan boleh mempengaruhi sikap
jurulatih dan pemain terhadap prestasi dan persembahan sesuatu pasukan. Hasil
dapatan soal selidik telah dikaitkan dengan jenis motivasi yang digunakan dalam
laporan berita sukan bola sepak yang mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain.
Dapatan juga menunjukkan jenis motivasi instrinsik dapat mempengaruhi sikap
jurulatih dan pemain. Hasil dapatan ketiga menunjukkan, bahasa berita sukan bola
sepak boleh mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain bola sepak negara. Pemilihan
perkataan dan liputan haruslah lebih rasional dan menjurus ke arah pemikiran yang
lebih kritis dalam kalangan pembaca berita sukan di negara kita. Laporan berita sukan
yang berbentuk positif dan negatif banyak mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain.
Perubahan bukannya datang dari prestasi sesebuah pasukan, malah dari laporan berita.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh laporan berita sukan terhadap
sikap jurulatih dan pemain bola sepak.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |