Citation
Kunasekaran, Eswari
(2020)
Gaya bahasa dalam cerpen terbitan akhbar Tamil tempatan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini meneliti penggunaan gaya bahasa dalam penulisan cerpen terbitan akhbar
Tamil tempatan sebagai data kajian. Hal ini demikian kerana kajian berkaitan
penggunaan gaya bahasa dalam bidang penulisan cerpen bahasa Tamil semakin
dilupakan dan terhad di Malaysia (Tangaprabu, Mary Fatimah & Muhammad Zaid,
2018). Pelbagai saranan telah diusahakan supaya cerpen bahasa Tamil yang kaya
dengan penggunaan gaya bahasa dapat difahami oleh semua pencinta genre cerpen
Tamil. Namun, dengan wujudnya cerpen yang tiada penggunaan gaya bahasa yang
beretika tinggi telah menyebabkan rakyat tidak mengetahui dan memahami intipati
gaya bahasa.(Krishnan Subramaniam (2016). Hal ini membimbangkan kerana
masyarakat langsung tidak sedar akan kewujudan gaya bahasa yang beretika tinggi.
Kajian secara analisis kandungan ini memfokuskan aspek penggunaan gaya bahasa
dalam penghasilan cerpen terbitan akhbar Tamil di Malaysia. Objektif kajian terarah
kepada mengenalpasti jenis gaya bahasa dan menganalisis peranan gaya bahasa kiasan
dalam penulisan cerpen. Metodologi melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan
analisis terhadap 52 cerpen terbitan akhbar Tamil (Makkal Osai) tahun 2017 sahaja.
Pemilihan cerpen ini penting untuk menjadi landasan kepada para penulis cerpen
tempatan, penulis novel, guru kesusasteraan Tamil dan persatuan sastera dalam
penghasilan cerpen yang kaya dengan gaya bahasa yang mantap di negara ini. Kajian
ini menggunakan Teori Larson (1984) berlandaskan Theory of Lexical Concepts and
Cognetive Models (LCCM). Teori ini menggunakan kata makan sebagai dasarnya
kerana adanya pemetaan antara domain serta pengetahuan. Seterusnya, pemetaan
domain sumber kepada domain sasaran dan menyatakan tentang pengalihan makna
daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Selain itu, dalam penterjemahan
terjadi penggantian bentuk bahasa sumber dengan bentuk bahasa sasaran. Analisis juga
melibatkan bacaan rapi dan teliti bagi setiap kata, frasa dan ayat untuk mengenalpasti
aspek penggunaan gaya bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan aspek
seperti perumpamaan/simile, personifikasi, metafora, sarkasme, eufemisme, hiperbola,
simpulan bahasa, litotes, repitisi, sinekdoke, onomatopeia, paradoks, paralelisme,
epifora, anafora dan Okupasi dapat memberi kesan kepada watak dan konteks cerpen. Secara keseluruhannya, penggunaan gaya bahasa dalam cerpen-cerpen ini dan
implikasi kajian ini dapat memberikan maklumat tentang penggunaan gaya bahasa
dalam cerpen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan gaya bahasa tersurat
dan tersirat dapat menarik minat golongan pembaca dan peminat cerpen serta
penggunaan gaya bahasa yang pelbagai menjadikan hasil penulisan lebih menarik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |