UPM Institutional Repository

Lakuan berbahasa dalam perbualan generasi Y


Citation

Kamarudin, Muhammad Amirul (2021) Lakuan berbahasa dalam perbualan generasi Y. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Setiap ujaran yang telah dihasilkan oleh seseorang semasa berkomunikasi mempunyai bentuk lakuan bahasa tertentu. Lakuan bahasa terdiri daripada ujaran performatif yang melibatkan tujuan yang tersendiri, keinginan atau perjanjian. Namun kajian tentang lakuan bahasa yang melibatkan Generasi Y dalam perbualan secara lisan di institusi awam masih terhad dijalankan oleh pengkaji bahasa di negara ini. Bidang analisis perbualan telah dipilih sebagai fokus kajian untuk menganalisis bentuk lakuan bahasa yang digunakan oleh penutur bahasa. Justeru kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif kajian, iaitu untuk mengenal pasti bentuk lakuan bahasa lisan dalam kalangan pelajar Generasi Y di institusi awam dan menganalisis bentuk lakuan bahasa lisan dalam kalangan pelajar Generasi Y di institusi awam menggunakan Teori Lakuan Bahasa Bach dan Harnish (1979). Setiap lakuan bahasa yang terhasil melalui ujaran terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsi mengikut situasi penggunaannya. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian. Alat rakaman suara digunakan untuk merakam perbualan pelajar Generasi Y di institusi awam terpilih. Pemilihan 30 orang pelajar Generasi Y sebagai sampel kajian di institusi awam terpilih dilakukan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Sebanyak lapan buah rakaman perbualan dijadikan data kajian. Data kajian daripada setiap rakaman perbualan telah ditranskripsi dan kemudian telah dianalisis secara kualitatif menggunakan Teori Lakuan Bahasa Bach dan Harnish (1979). Hasil kajian mendapati keempat-empat bentuk lakuan bahasa Bach dan Harnish telah digunakan oleh Generasi Y di institusi awam. Hasil kajian juga mendapati bahawa sebanyak 46.8% lakuan bahasa pengumuman dan sebanyak 32.3% lakuan bahasa arahan yang telah digunakan adalah merupakan bentuk lakuan bahasa yang paling kerap digunakan oleh Generasi Y di institusi awam, diikuti oleh sebanyak 16.7% lakuan bahasa pengakuan dan sebanyak 4.2% lakuan bahasa perjanjian. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah menunjukkan bahawa Generasi Y di institusi awam turut menggunakan bentuk lakuan bahasa dalam perbualan seharian mereka. Setiap lakuan bahasa yang digunakan oleh Generasi Y tersebut mempunyai fungsi atau tujuan yang tertentu.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 40 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Speech acts (Linguistics) - Case studies
Subject: Generation Y - Communication
Call Number: FBMK 2021 40
Chairman Supervisor: Prof. Madya Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 01:13
Last Modified: 11 Apr 2023 01:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99185
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item