UPM Institutional Repository

Pelaksanaan pengajaran tilawah Al-Quran bagi murid bekeperluan khas kurang upaya pendengaran di sekolah kebangsaan


Citation

Dzulkifli, Izuli (2020) Pelaksanaan pengajaran tilawah Al-Quran bagi murid bekeperluan khas kurang upaya pendengaran di sekolah kebangsaan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Murid Berkeperluan Khas (MBK) kurang upaya pendengaran adalah murid yang mengalami tahap ketidakupayaan pendengaran yang pelbagai seperti ringan, sederhana dan teruk dan ada sebahagian mereka yang tidak dapat bertutur. MBK kurang upaya pendengaran mempelajari Tilawah al-Quran secara formal bermula di peringkat sekolah rendah melalui program Pendidikan Khas di Malaysia. Oleh kerana MBK kurang upaya pendengaran tidak dapat mendengar dan bertututur dengan baik, pengajaran Tilawah al-Quran kepada MBK kurang upaya pendengaran tidak boleh dipandang ringan agar matlamat pembelajaran al-Quran tercapai. Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan pengajaran merangkumi aspek perancangan pengajaran, amalan semasa pengajaran dan pengurusan persekitaran pembelajaran oleh guru dalam bidang Tilawah al-Quran kepada MBK kurang upaya pendengaran. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dengan menggunakan teknik temu bual dan analisis dokumen bagi memperoleh data. Seramai lapan orang guru sekolah rendah di Selangor telah dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Peserta kajian yang dipilih adalah di kalangan guru yang berpengalaman mengajar sekurangnya tiga tahun dalam bidang Tilawah al-Quran kepada MBK kurang upaya pendengaran. Di samping itu, dua orang pegawai dari Bahagian Pendidikan Khas dan seorang pensyarah dari Institiut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dipilih berdasarkan teknik bola salji bagi menguatkan data kajian. Data temu bual dan analisis dokumen dikumpul serta dianalisis dan diurus menggunakan perisian Nvivo12. Kesahan data dijalankan dengan memeriksa kesan penyelidik, membuat triangulasi, bertaklimat dengan rakan sejawat, pemeriksaan dapatan oleh ahli jawatankuasa penyeliaan (peer examination) serta pemeriksaan dapatan oleh peserta kajian. Kebolehpercayaan data pula diperoleh menerusi teknik triangulasi melalui pelbagai kaedah pengumpulan data, peranan penyelidik (investigator positions) dan melalui jejak audit (audit trail). Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian telah merancang pengajaran menggunakan dokumen berstruktur, menggunakan sukatan pembelajaran berdasarkan kurikulum Pendidikan Khas serta mengubahsuai sukatan pembelajaran tersebut dan merendahkan aras pembelajaran. Perancangan pengajaran melalui bahan bantu mengajar seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang terkini dan melalui aktiviti. Semasa pengajaran pula, beberapa kaedah dan teknik pengajaran telah digunakan oleh peserta kajian untuk mengajar Tilawah al-Quran terutamanya mengeja dan membaca hurufhuruf dan perkataan dalam al-Quran dengan menggunakan kod dan isyarat. Peserta kajian menggunakan pelbagai kaedah bagi menutup pengajaran termasuklah melaksanakan penilaian dan pentaksiran bagi menguji hasil pembelajaran murid yang telah dirancang oleh guru. Komunikasi Seluruh digunakan sebagai kaedah komunikasi yang utama di samping penggunaan bahasa isyarat dan ejaan jari digunakan dalam pengajaran Tilawah al-Quran. Kaedah susun atur murid yang sesuai, galakan motivasi serta penggunaan ruang khas telah diterapkan oleh peserta kajian dalam pengurusan persekitaran pembelajaran agar murid terus berminat untuk mempelajari Tilawah al-Quran. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan bagi meningkatkan kujawatankuasa penyeliaan (peer examination) serta pemeriksaan dapatan oleh peserta kajian. Kebolehpercayaan data pula diperoleh menerusi teknik triangulasi melalui pelbagai kaedah pengumpulan data, peranan penyelidik (investigator positions) dan melalui jejak audit (audit trail). Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian telah merancang pengajaran menggunakan dokumen berstruktur, menggunakan sukatan pembelajaran berdasarkan kurikulum Pendidikan Khas serta mengubahsuai sukatan pembelajaran tersebut dan merendahkan aras pembelajaran. Perancangan pengajaran melalui bahan bantu mengajar seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang terkini dan melalui aktiviti. Semasa pengajaran pula, beberapa kaedah dan teknik pengajaran telah digunakan oleh peserta kajian untuk mengajar Tilawah al-Quran terutamanya mengeja dan membaca hurufhuruf dan perkataan dalam al-Quran dengan menggunakan kod dan isyarat. Peserta kajian menggunakan pelbagai kaedah bagi menutup pengajaran termasuklah melaksanakan penilaian dan pentaksiran bagi menguji hasil pembelajaran murid yang telah dirancang oleh guru. Komunikasi Seluruh digunakan sebagai kaedah komunikasi yang utama di samping penggunaan bahasa isyarat dan ejaan jari digunakan dalam pengajaran Tilawah al-Quran. Kaedah susun atur murid yang sesuai, galakan motivasi serta penggunaan ruang khas telah diterapkan oleh peserta kajian dalam pengurusan persekitaran pembelajaran agar murid terus berminat untuk mempelajari Tilawah al-Quran. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan bagi meningkatkan kualiti pengajaran Tilawah al-Quran kepada MBK kurang upaya pendengaran melalui strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang terkini. Implikasi kajian mencadangkan agar pengajaran masteri yang menekankan aspek pemulihan dan pengayaan diterapkan dalam pengajaran Tilawah al-Quran kepada MBK kurang upaya pendengaran. Implikasi kajian ini juga mencadangkan pihak yang berkenaan dapat menambah baik program latihan guru dan meningkatkan kompetensi guru yang mengajar MBK kurang upaya pendengaran dalam bidang Tilawah al-Quran di sekolah.


Download File

[img] Text
FPP 2020 41 IR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Students with disabilities - Education
Subject: Hearing disorders in children
Subject: Qurʼan - Study and teaching
Call Number: FPP 2020 41
Chairman Supervisor: Profesor Madya Asmawati Suhid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 06 Mar 2023 06:40
Last Modified: 06 Mar 2023 06:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99183
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item