UPM Institutional Repository

Penguasaan kata kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah


Citation

Isa, Annuar Khisham (2021) Penguasaan kata kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemahaman penggunaan tatabahasa yang betul dalam pengajaran. Oleh itu kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar, menganalisis jenis kesilapan penggunaan kata kerja yang menjejaskan penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar dan merumuskan penerapan teori Corder dengan tahap kesilapan kata kerja yang menjejaskan penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar. Kajian yang dilakukan secara kajian lapangan ini memberi tumpuan terhadap 100 responden yang terdiri daripada 100 pelajar, tingkatan empat di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Borang ujian penguasaan kata kerja yang mengandungi 4 bahagian ini diberikan kepada responden untuk mendapatkan tahap penguasaan tinggi, sederhana atau lemah. Teori kajian ini menggunakan teori Corder (1971) yang menyatakan bahawa kesalahan bahasa mengganggu atau menghalang pelajar daripada menguasai corak dan peraturan bahasa yang sedang mereka pelajari. Reka bentuk kajian ini secara tinjauan dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji menggunakan alat perisian Statistical Package for the Social Sciences Version 22.0 (SPSS) bagi mengukur tahap berdasarkan objektif kajian. Pengkaji menganalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai min dan interprestasi min bagi mengukur nilai tahap setiap penguasaan tatabahasa. Selain itu dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kata kerja masih bermasalah iaitu berlaku kesalahan dalam kalangan pelajar yang bersekolah di asrama penuh berprestasi tinggi dan cemerlang, dengan catatan lapan responden pada tahap sederhana dan 92 berada pada tahap cemerlang. Secara rincinya, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif juga menjadi masalah untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 2 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Acquisition
Subject: Malay language - Verb
Subject: Malay language - Prepositions
Call Number: FBMK 2021 2
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 02 Feb 2023 00:33
Last Modified: 02 Feb 2023 00:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99092
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item