UPM Institutional Repository

Pengaruh gaya pengurusan konflik sebagai mediator terhadap hubungan antara gaya kepemimpinan dan perlakuan kewarganegaraan organisasi dengan tahap penglibatan pegawai di sektor awam


Citation

Mohd. Soieb, Ahmad Zairy (2015) Pengaruh gaya pengurusan konflik sebagai mediator terhadap hubungan antara gaya kepemimpinan dan perlakuan kewarganegaraan organisasi dengan tahap penglibatan pegawai di sektor awam. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menerokai hubungan di antara gaya kepemimpinan (IV1) dan perlakuan kewarganegaraan terhadap organisasi (IV2) terhadap tahap penglibatan pegawai terhadap organisasi (DV) dengan berasaskan jurang teori di antara dua (2) teori iaitu Teori Pertukaran Sosial (Social Exchange Theory) dan Teori Kepimpinan Transformasi. Kajian ini juga mengenalpasti peranan pengurusan konflik (M1) yang bertindak sebagai mediator yang mampu meningkatkan tahap hubungan ini. Unit analisis bagi kajian ini ialah pegawai-pegawai bergred 41 dan ke atas daripada pelbagai skim perkhidmatan dalam Sektor Awam dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri. Senarai nama pegawai diperoleh daripada Sistem HRMIS yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dan disokong dengan senarai personel daripada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bilangan sampel ditentukan dengan menggunakan Formula Yamane (1999). Kaedah pensampelan responden-responden adalah secara pensampelan rawak berstrata dan terdiri mereka daripada Generasi Baby Boomers (tahun kelahiran : 1942 - 1954), Generasi X (tahun kelahiran : 1955 - 1979) dan Generasi Y (tahun kelahiran 1980 -2000) daripada agensi-agensi berkenaan. Teknik pengumpulan data pra-kajian dan kajian sebenar menggunapakai instrumen dalam bentuk kaji selidik yang dibangunkan secara penyesuaian daripada soalansoalan yang diperolehi daripada para penyelidik seperti Bernard Bass dan Bruce Avilio (1996; 2004), Gallup Q12, Konovsky dan Organ, (1996; 2009) dan Rahim (1983) dengan nilai kesahan (R) melebihi 0.85. Nilai kesahan pra-kajian ditentukan melalui Ujian Kesahan SPSS dan Kebolehpercayaan Konstruk diperolehi melalui pengesahan pegawai atau penyelidik yang berpengalaman dalam bidang yang dikaji. Hasil analisis mendapati bahawa penglibatan pegawai terhadap organisasi tidak dipengaruhi oleh gaya pengurusan konflik secara dominasi apabila kemahiran tersebut tidak memberikan kesan mediasi ke atas hubungan gaya kepimpinan transformasional, transaksional dan laissez-faire secara berasingan; manakala penglibatan pegawai terhadap organisasi dipengaruhi oleh gaya pengurusan konflik secara integrasi yang memberikan kesan mediasi komplementari ke atas hubungan gaya kepimpinan transformasional dan laissez-faire tetapi tidak memberikan kesan mediasi ke atas perhubungan gaya kepimpinan transaksional; dan penglibatan pegawai dipengaruhi oleh gaya pengurusan konflik secara tolak-ansur masing-masing memberikan kesan tidak langsung (ada mediasi) dan mediasi komplementari ke atas gaya kepimpinan transformasional dan laissez-faire. Berdasarkan hipotesis yang telah digariskan, dibuktikan bahawa pegawai dalam Sektor Awam menilai dua ekstrim iaitu gaya kepimpinan transformasional dan laissez-faire yang masing-masing menggunakan kemahiran menguruskan konflik secara integrasi bagi meningkatkan penglibatan pegawai-pegawai terhadap organisasi. Pemimpin-pemimpin yang menggunakan penghargaan dan hukuman sebagai kaedah melaksanakan arahan dan tugas tetap diterima dalam agensi-agensi Kerajaan walaupun pengurusan konflik bukan merupakan kemahiran yang dilihat satu kemahiran yang digunapakai oleh pemimpin-pemimpin transaksional ini. Analisis seterusnya ke atas hubungan perlakuan kewarganegaraan dan tahap penglibatan pegawai terhadap organisasi telah membuktikan bahawa sikap berbudi bahasa dan menolong orang lain merupakan dua dimensi utama yang mampu meningkatkan penglibatan pegawai-pegawai dalam organisasi Sektor Awam.


Download File

[img] Text
IPSS 2015 4 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Leadership
Subject: Conflict management - Civil service
Call Number: IPSS 2015 4
Chairman Supervisor: Associate Professor Datin Jamilah Othman, PhD
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 11 Jan 2023 04:14
Last Modified: 11 Jan 2023 04:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99061
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item