UPM Institutional Repository

Wacana kritis dalam penentuan makna perkataan Arab berdasarkan petunjuk konteks


Citation

Mansor, Syazmira (2019) Wacana kritis dalam penentuan makna perkataan Arab berdasarkan petunjuk konteks. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Dalam linguistik Arab, konteks memainkan peranan penting dalam menentukan makna suatu perkataan terutamanya ketika berada dalam ayat atau teks. Kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk mengetahui makna perkataan Arab sekiranya tidak memahami konteksnya secara tepat dan betul. Namun, perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam teks mampu menjadi klu dan petunjuk kepada pelajar untuk memahami makna kontekstual perkataan Arab yang tidak diketahui atau kurang jelas maknanya. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti makna perkataan Arab yang difahami oleh pelajar secara kontekstual dengan menggunakan petunjuk konteks. Pengkaji juga akan menganalisis proses pemahaman pelajar dari sudut analisis wacana kritis dengan menggunakan model tiga dimensi yang dipelopori oleh Norman Fairclough. Penganalisisan data dilakukan pada tiga peringkat iaitu analisis dimensi tekstual, dimensi amalan wacana dan dimensi proses sosial. Kajian ini menerapkan pendekatan kaedah lapangan melalui soalan ujian dan temu bual bersama 25 orang pelajar IPTA di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengkaji telah memilih dua puluh perkataan daripada lima keratan teks akhbar Arab dalam bidang yang berbeza iaitu sukan, politik, ekonomi, teknologi dan sosial. Perkataan yang dipilih adalah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna dan boleh berubah-ubah maknanya mengikut konteks ayat. Pelajar dikehendaki untuk menentukan makna perkataan tersebut secara kontekstual dengan menyatakan petunjuk konteks yang terdapat dalam teks yang menjadi petunjuk kepada mereka menentukan makna tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa petunjuk konteks mampu membantu pelajar dalam memahami makna perkataan Arab dan meningkatkan lagi kefahaman pelajar tentang makna berdasarkan konteks ayat. Justeru penggunaan petunjuk konteks dalam memahami makna perkataan Arab amat wajar dipraktikkan dan dijadikan panduan kepada penuntut bahasa Arab untuk bukan penutur jati terutamanya.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 61 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Discourse analysis
Subject: Context (Linguistics)
Subject: Arabic language - Context
Call Number: FBMK 2020 61
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mohd. Azidan bin Abdul Jabar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 11 Jan 2023 04:14
Last Modified: 11 Jan 2023 04:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99057
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item