UPM Institutional Repository

Aspek-Aspek Kemasyarakatan dalam Sajak-Sajak Usman Awang Tahun 1940-an dan 1950-an


Citation

Lim, Swee Tin (1999) Aspek-Aspek Kemasyarakatan dalam Sajak-Sajak Usman Awang Tahun 1940-an dan 1950-an. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Latihan ilmiah ini cuba meneliti beberapa aspek kemasyarakatan dalam sajak-sajak S. N. Dr. Usman Awang yang ditulis pada dekad 40-an dan 50-an. Sajak-sajak itu telah ditulisnya dan diterbitkan oleh surat khabar Utusan Zaman dan Majalah Mastika. Kebanyakan sajak yang ditulisnya pada dekad tersebut bersifat asli dan diantologikan dalam antologi Gelombang dan antologi Puisi Melayu Baru yang disusun oleh Ali Haji Ahmad pada tahun 1964. Sajak-sajaknya yang ditulis pada dekad tersebut amat penting untuk diteliti dan dikaji kerana Usman Awang banyak mengungkapkan aspek kemasyarakatan di dalamnya. Usman Awang merupakan seorang penyair yang amat penting dalam perkembangan penulisan puisi di Malaysia sejak dekad 40-an hingga kini. Beliau seorang penyair yang prolifik dan kebanyakan puisinya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Mandarin dan Rusia. Pada dekad 50-an, Usman Awang merupakan tokoh penting dalam ASAS 50. Beliau bertanggungjawab menulis puisi sejajar dengan aspirasi dan ideologi ASAS 50 yang memperjuangkan 'Seni untuk Masyarakat'. Kebanyakan sajak beliau membawa persoalan menentang penjajahan, mengkritik golongan feudal dan kapitalis. ASAS 50 berpendapat bahawa penjajahan, kapitalisme dan feudalisme melambatkan perjuangan kemerdekaan dan hanya melahirkan masyarakat berkelas dan menindas masyarakat bawahan. Oleh sebab itu, kebanyakan sajaknya mengandungi persoalan menentang penjajah seperti dalam sajak-sajak "Tanah Air", dan "Zaman Merdeka". Manakala sajaknya yang berjudul "Pak Utih" membawa persoalan mengenai kemiskinan dalam masyarakat. Kekuatan sajak Usman Awang terletak pada tema dan persoalan yang dibawanya termasuk pemikirannya yang universal. Oleh sebab itu, peneliti berpendapat bahawa sajak-sajak beliau amat penting untuk dikaji dan dianalisis seperti yang dilakukan dalam latihan ilmiah ini.


Download File

[img] PDF
FBMK_1999_11_A.pdf

Download (637kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry - Sociological aspects
Call Number: FBMK 1999 11
Chairman Supervisor: Encik Kamaruzzaman A. Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 24 Feb 2011 10:04
Last Modified: 24 Feb 2011 10:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9891
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item