Citation
Wan Sulaiman, Wan Maharuddin
(1991)
Kredibiliti Akhbar Tempatan: Satu Analisis Mengenai Isu Politik Semasa.
[Project Paper Report]
Abstract
Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan menjadi topik perbincangan di manamana
juga. Kajian dan apa juga penyelidikan melihat kredibiliti sebagai suatu
masalah. Tetapi, tidak ada pendekatan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah
kredibiliti. Fenomena ini tetap menjadi masalah yang berlanjutan. Kertas projek ini
mengutarakan suatu pandangan umum terhadap persepsi masyarakat mengenai isu
keredibiliti akhbar khususnya sejak 2 September 1998. Akibat dari isu penyingkiran
Dato' Seri Anwar Ibrahim, berbagai tekanan dan tuduhan dilemparkan ke atas
media khususnya akhbar-akhbar utama negara. Apakah ini menunjukkan suatu
krisis kerdibiliti? Sekiranya benar, sejauh mana ianya terjadi dan apa pula faktorfaktor
yang menyebabkannya. Akbar dilihat sebagai sumber yang penting
khususnya dalam mencari informasi penting mengenai isu-isu semasa atau sesuatu
yang rumit difahami. Bagaimanapun, penemuan kajian ini melihat kredibiliti akhbar
tempatan semakin menurun. Dua pendangan boleh dilihat; Pertama, masyarakat
masih memerlukan atau menghargai akhbar. Kedua, masyarakat melihat akhbar
sebagai media dengan masalah kepercayaannya. Lebih-lebih lagi apabila akhbarakhbar
utama tempatan dikaitakan dengan kongkongan parti pemerintah serta
mengikut telunjuk orang-orang tertentu. Seramai 42 peratus daripada respoden
mengatakan mereka membaca akhbar kerana faktor politik dan ekonomi semasa.
Daripada jumlah itu, sebanyak 70.9 peratus menganggap kandungan akhbar-akhbar
utama tempatan 'adil dan menyeluruh'. Bagaimanapun seramai 40 peratus
responden mengatakan Utusan adalah akhbar yang paling berat sebelah. Sebanyak
2 1 peratus daripada mereka sudah tidak membaca Utusan lagi. Akhbar Harakah
pula dianggap sebagai yang paling adil dan saksama (23.7%). Mengenai media
alternatif, 82.4 peratus mengatakan mereka cenderung kepada radio dan televisyen
tempatan khususnya berita NTV7 manakala 63.4 peratus merumuskan bahawa
mereka lebih mempercayai 'internet'.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |