Citation
Sahul Hameed, Mohamad Noor Firdaus
(2021)
Kesediaan pesawah di kawasan pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda untuk mencarum dalam skim jaringan keselamatan sosial.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti kesediaan pesawah untuk mencarum dalam Skim
Jaringan Keselamatan Sosial (SJKS) sekiranya lima (5) keperluan berdasarkan
Teori Maslow telah dipenuhi dalam kehidupan pesawah. Kajian ini dilaksanakan
di kawasan Lembaga Kemajuan Pertana Muda (MADA). Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan teknik survei dengan menggunakan
analisis deskriptif dan inferensi. Kajian ini melibatkan seramai 500 pesawah dan
dilaksanakan di lima Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di MADA.
Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui borang soal selidik. Kajian ini
menggunakan teknik persampelan rawak berperingkat (multi stage random
sampling) iaitu gabungan persampelan rawak mudah dan persampelan rawak
sistematik. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Objektif khusus
kajian ialah (1) mengenalpasti tahap kesediaan pesawah untuk mencarum
dalam SJKS, (2) mengenalpasti hubungan keperluan berdasarkan Teori Maslow
dengan kesediaan pesawah untuk mencarum dalam SJKS, (3) Mengenalpasti
perkaitan antara latar belakang sosiodemografi terpilih (jantina, umur dan
pendapatan isi rumah) dengan kesediaan pesawah untuk mencarum dalam
SJKS dan (4) mengenalpasti bentuk SJKS yang diperlukan oleh pesawah.
Dapatan kajian menunjukkan menunjukkan bahawa tahap kesediaan pesawah
untuk mencarum dalam SJKS adalah sederhana kerana pesawah kurang
maklumat mengenai keselamatan sosial daripada pihak Kerajaan dan MADA.
Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang
signifikan antara 5 keperluan pesawah berdasarkan Teori Maslow dengan
kesediaan pesawah untuk mencarum dalam SJKS. Dalam masa yang sama,
seramai 76.4% pesawah juga menyatakan terdapat keperluan untuk mereka
mencarum dalam SJKS. Dari segi aspek sosiodemografi (jantina, umur dan pendapatan isi rumah), kajian ini mendapati bahawa tiada perhubungan yang
signifikan dan ini membuktikan bahawa aspek sosiodemografi tidak
mempengaruhi pesawah untuk mencarum dalam SJKS. Selain itu, hasil kajian
juga menunjukkan bahawa pesawah memerlukan sebuah skim yang
mempunyai nilai caruman fleksibel berdasarkan pendapatan mereka dan
ditakbir urus oleh komuniti pesawah sendiri. Skim tersebut juga perlu melindungi
pesawah dari aspek kesihatan, tanaman dan peralatan sawah.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Agriculture - Economic aspects - Malaysia |
Subject: |
Social security |
Subject: |
Farmers - Economic conditions |
Call Number: |
FEM 2021 11 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Nobaya binti Ahmad, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Editor
|
Date Deposited: |
12 Oct 2022 01:21 |
Last Modified: |
12 Oct 2022 01:21 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98842 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |