Citation
Samsi, Abdul Hadi
(2020)
Faktor pendorong penyertaan belia sebagai pengundi di Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Berdasarkan pemerhatian penglibatan belia dalam proses pengundian adalah
kurang memuaskan di seluruh dunia termasuk Malaysia, namun sejauh mana
penyertaan belia dalam proses pengundian masih menjadi persoalan. Kajian ini
adalah bertujuan untuk meneliti tahap dan faktor pendorong penyertaan belia
dalam proses pengundian di Malaysia. Oleh itu, kajian ini adalah untuk
mengenal pasti penyertaan belia dalam proses mengundi; mengenal pasti
perbezaan penyertaan belia antara kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan
India; mengenal pasti tahap faktor pendorong terdiri daripada keluarga,
masyarakat setempat dan media massa serta menentukan jangkaan faktor
pendorong penyertaan belia dalam proses mengundian. Kajian ini
menggunakan kaedah triangulasi serentak (Concurrent triangulation design) iaitu,
data kuantitatif sebagai data utama dan disokong oleh data kualitatif. Bagi
kaedah kuantitatif kajian dijalankan keatas 1500 orang responden yang dipilih
secara rawak di setiap negeri terpilih dengan menggunakan kaedah pengiraan
“Probability Proportional to Size” (PPS) Cluster Sampling. Kaedah kualitatif pula,
pengkaji menetapkan seramai 10 orang informan. Statistik deskriptif, cross tab
dan regrasi logistik digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Manakala
kaedah purposive sampling digunakan bagi analisis data kualitatif. Hasil kajian
daripada kedua-dua kaedah yang dijalankan mendapati bahawa penyertaan
belia dalam proses pengundian adalah berada pada tahap sederhana, manakala
dari segi penyertaan antara kaum, penyertaan belia Cina lebih baik berbanding belia Melayu dan India. Dari segi tahap faktor pendorong terdiri daripada
keluarga, masyarakat setempat dan media massa berada pada tahap tinggi.
Dapatan kajian bagi faktor jangkaan menunjukkan media massa mempunyai
tahap signifikan yang lebih baik berbanding faktor keluarga dan masyarakat
setempat. Dengan ini penggunaan media massa terutamanya media sosial perlu
dipertingkatkan dan diperluaskan kerana medium ini mampu mempengaruhi
tingkah laku terhadap penyertaan belia dalam proses pengundian di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |