UPM Institutional Repository

Peranan Modul ISRA, fungsi sosial dan prinsip pembangunan komuniti dalam kepulihan bekas klien di Kedah, Malaysia


Citation

Hafiz Goh, Mohammad Adam Danial (2021) Peranan Modul ISRA, fungsi sosial dan prinsip pembangunan komuniti dalam kepulihan bekas klien di Kedah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Agensi Antidadah Kebangsaan telah melancarkan Modul ISRA sebagai instrumen holistik bagi rawatan dan pemulihan bekas penagih dadah melalui kaedah mengubati masalah ketidakstabilan jiwa secara amalan kerohanian. Kefungsian sosial dilihat penting terhadap kepulihan bekas klien ISRA dalam komuniti. Selain itu, prinsip pembangunan komuniti turut berperanan terhadap kepulihan bekas klien ISRA dalam komuniti. Menggunakan Teori Struktural-Fungsionalisme, komuniti bergerak sebagai satu sistem sosial dengan beberapa subsistem yang saling berfungsi dan melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti pandangan bekas klien dalam komuniti terhadap keberkesanan Modul ISRA; mengenal pasti kefungsian sosial terhadap kepulihan bekas klien dalam komuniti; dan menerangkan peranan prinsip pembangunan komuniti terhadap kepulihan klien dalam komuniti. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif menggunakan pendekatan exploratory. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan iaitu 16 orang informan telah terlibat terdiri daripada bekas klien ISRA yang complient dan boleh terlibat diri dalam temu bual. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual mendalam menggunakan pendekatan naturalistic inquiry atau constructionism di samping Teknik Kumpulan Nominal (NGT) turut digunakan bagi memperoleh data primer. Analisis tematik secara manual dilakukan terhadap data kajian bagi membentuk tema dalam menilai kesemua objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan, bekas klien ISRA berpandangan, Modul ISRA dari segi kandungan, struktur, kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik dalam membantu kepulihan mereka. Dari segi kefungsian sosial, empat (4) institusi penting menyokong kepulihan bekas klien dalam komuniti iaitu: (i) keluarga; (ii) komuniti; (iii) agama; dan (iv) kerajaan. Kesemua institusi ini berperanan dalam memberi bantuan dan dorongan supaya bekas klien kekal pulih. Dari segi prinsip pembangunan komuniti, tiga (3) prinsip penting berperanan terhadap kepulihan bekas klien dalam komuniti iaitu: (i) pembentukan jaya diri (self-help); (ii) penglibatan; dan (iii) bantuan dan galakan kerajaan. Kajian ini merumuskan, bekas klien memberikan pandangan positif terhadap keberkesanan Modul ISRA. Kefungsian sosial dan prinsip pembangunan komuniti juga memainkan peranan terhadap kepulihan bekas klien ISRA dalam komuniti. Implikasi kajian ini mencadangkan, sebarang dasar atau pembinaan modul pemulihan perlu berfokus kepada keterlibatan persekitaran sosial klien bagi menyokong kepulihan klien secara berterusan setelah mereka keluar pusat.


Download File

[img] Text
FEM 2021 7 UPMIR.pdf

Download (961kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Drug addicts - Rehabilitation - Malaysia
Call Number: FEM 2021 7
Chairman Supervisor: Mohd Roslan Rosnon, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Editor
Date Deposited: 12 Oct 2022 00:42
Last Modified: 12 Oct 2022 00:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98838
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item