UPM Institutional Repository

Variasi bahasa melayu masyarakat Sipitang, Sabah


Citation

Ombi, Kamarlin (2019) Variasi bahasa melayu masyarakat Sipitang, Sabah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian yang bertujuan untuk meneliti variasi Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Sipitang di Sabah ini dilakukan kerana perbezaan sarjana mengenai bahasa Melayu dialek Sabah, kerancuan bahasa dan perbezaan kosa kata antara kaum. Secara umumnya, variasi bahasa Melayu dianalisis menggunakan kerangka sifat leksikon, perubahan variasi bahasa Melayu dianalisis berdasarkan Teori Substratum, seterusnya merumuskan hubungan variasi bahasa Melayu dengan budaya setempat. Secara khususnya, tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti variasi bahasa Melayu masyarakat Sipitang di Sabah, menganalisis perubahan yang mempengaruhi penggunaan variasi bahasa Melayu di Sipitang, Sabah, dan merumuskan variasi bahasa Melayu dan kaitannya dalam budaya setempat masyarakat Sipitang di Sabah. Sampel kajian ialah kaum peribumi Sabah dari kaum Murut, Dusun, Bajau, Brunei dan Kedayan yang bermastautin di daerah Sipitang. Kajian ini dilakukan dengan menerapkan teori substratum (Aitchison, 2004) yang membahagikan teori ini kepada lima prinsip umum iaitu, unsur asing, substratum lawan pinjaman, prestij sosial dan keperluan fungsi. Kajian ini juga menggunakan kerangka sifat leksikon Asma Haji Omar (2008) dengan memfokuskan pembentukan leksem yang terdiri daripada bahasa standard, kata dialek, kata pinjam dan kata ganda. Seterusnya kajian yang dijalankan secara lapangan ini melibatkan seramai 40 responden yang terdiri daripada kaum di daerah Sipitang. Memandangkan kebanyakan penutur kaum peribumi Sabah menggunakan bahasa Melayu Sabah sebagai bahasa kedua, mereka cenderung meminjam perkataan bahasa ibunda masing-masing. Perkara yang paling ketara dalam kajian ini ialah variasi kawasan atau daerah kerana kelainan penggunaan kata dan ungkapan-ungkapan tertentu dapat dikesan daripada percakapan lima kaum yang dikaji. Seterusnya, hasil dari kajian ini pengkaji mendapati responden daripada lima kaum di Sipitang merupakan golongan yang sangat aktif untuk mencorak variasi bahasa Melayu Sabah. Intipati kajian menunjukkan bahawa dialek Brunei dan Kedayan sangat berpengaruh dalam leksikal bahasa Melayu Sabah. Bahasa Melayu kaum peribumi Sabah turut mencerminkan budaya dialek dalam perkataan-perkataan yang mendukung makna berkaitan kepercayaan agama, idea ghaib, makanan, objek dan amalan. Bahasa Melayu Sabah ialah cabang daripada vernakular Melayu Brunei yang telah menerima pengaruh serantau dan berkembang menjadi satu komunikasi antara kaum dengan ciri pijin.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 6 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Sabah - Malaysia
Subject: Malay language - Variation
Subject: Language and languages - Variation
Call Number: FBMK 2021 6
Chairman Supervisor: Norazlina binti Haji Mohd Kiram, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 15 Sep 2022 06:56
Last Modified: 15 Sep 2022 06:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98750
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item