UPM Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kebolehan Membaca Kanak-Kanak Tahun Satu di Sekolah-sekolah Rendah Luar Bandar di Daerah Miri, Sarawak


Citation

Md. Adnan, Azhar (1998) Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kebolehan Membaca Kanak-Kanak Tahun Satu di Sekolah-sekolah Rendah Luar Bandar di Daerah Miri, Sarawak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk (i) mengenalpasti corak penglibatan ibu, (ii) mengenalpasti tahap pengetahuan ibu mengenai perkernbangan dan keperluan kanak-kanak, (iii) mengenalpasti perkaitan di antara pandangan ibu terhadap pendidikan anak-anak mereka dengan kebolehan membaca kanak-kanak, dan (iv) mengenalpasti ciri-ciri latar belakang keluarga yang berkaitan dengan kebolehan membaca peringkat awal kanak-kanak di empat buah sekolah rendah luar bandar di daerah Miri, Sarawak. Temubual yang mendalam ke atas 23 orang ibu di kalangan kanak-kanak yang sudah boleh membaca dan 23 orang ibu di kalangan kanakkanak yang bel urn boleh membaca telah dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik sebagai panduan. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya perkaitan yang signifikan di antara corak penglibatan ibu dengan kebolehan membaca awal kanak-kanak. Ibu kepada kalangan kanak-kanak yang sudah boleh membaca ada dan pernah membacakan sebarang bahan bacaan kepada anak mereka, membacakan buku cerita, membaca bersama-sama anak, mengajar anak mengenal huruf, membeli bahan bacaan untuk anak, membeli buku sebagai hadiah hari lahir anak, membantu anak belajar membaca, mengajar anak menyebut perkataan yang sukar, membantu anak dalam kerja sekolah, melukis dan membuat buku skrap, berbual dengan sarna anak, memberi pujian dan ganjaran kepada anak, membawa anak bersiar-siar, membawa anak ke perpustakaan awam, menggalakkan anak ke perpustakaan dan meminjam buku. Hasil kajian juga mendapati bahawa wujud perkaitan yang signifikan di antara tahap pengetahuan ibu mengenai perkembangan dan keperluan kanak-kanak dengan kebolehan membaca awal kanak-kanak. Ibu di kalangan kanak-kanak yang sudah boleh membaca sedar mengenai masa yang paling sesuai untuk mendedahkan sebarang bahan bacaan kepada anak, keinginan anak untuk membaca, perlakuan anak untuk mencuba membaca, penyediaan kemudahan bahan bacaan untuk anakanak, tabiat membaca anak, dan kelebihan membawa anak bersiar-siar.HasH kajian mendapati bahawa wujud perkaitan yang signifikan di antara pandangan ibu berkaitan dengan pendidikan anak-anak dengan kebolehan membaca awal kanak-kanak. Ibu di kalangan kanak-kanak yang sudah boleh membaca bersetuju bahawa pendidikan anak-anak adalah penting, kerja sekolah yang diberi oleh guru bertujuan untuk anak.


Download File

[img] PDF
FEM_1998_3_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Education, Primary - Malaysia - Sarawak
Subject: Literacy
Subject: Language and languages - Study and teaching
Call Number: FEM 1998 3
Chairman Supervisor: Rohani Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 23 Feb 2011 06:06
Last Modified: 13 Sep 2011 04:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9849
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item