Citation
Md. Adnan, Azhar
(1998)
Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kebolehan Membaca Kanak-Kanak Tahun Satu di Sekolah-sekolah Rendah Luar Bandar di Daerah Miri, Sarawak.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk (i) mengenalpasti corak penglibatan ibu,
(ii) mengenalpasti tahap pengetahuan ibu mengenai perkernbangan dan
keperluan kanak-kanak, (iii) mengenalpasti perkaitan di antara pandangan
ibu terhadap pendidikan anak-anak mereka dengan kebolehan membaca
kanak-kanak, dan (iv) mengenalpasti ciri-ciri latar belakang keluarga yang
berkaitan dengan kebolehan membaca peringkat awal kanak-kanak di
empat buah sekolah rendah luar bandar di daerah Miri, Sarawak.
Temubual yang mendalam ke atas 23 orang ibu di kalangan kanak-kanak
yang sudah boleh membaca dan 23 orang ibu di kalangan kanakkanak
yang bel urn boleh membaca telah dilakukan dengan menggunakan
satu set soal selidik sebagai panduan.
Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya perkaitan yang
signifikan di antara corak penglibatan ibu dengan kebolehan membaca awal kanak-kanak. Ibu kepada kalangan kanak-kanak yang sudah boleh
membaca ada dan pernah membacakan sebarang bahan bacaan kepada
anak mereka, membacakan buku cerita, membaca bersama-sama anak,
mengajar anak mengenal huruf, membeli bahan bacaan untuk anak,
membeli buku sebagai hadiah hari lahir anak, membantu anak belajar
membaca, mengajar anak menyebut perkataan yang sukar, membantu anak
dalam kerja sekolah, melukis dan membuat buku skrap, berbual dengan
sarna anak, memberi pujian dan ganjaran kepada anak, membawa anak
bersiar-siar, membawa anak ke perpustakaan awam, menggalakkan anak
ke perpustakaan dan meminjam buku.
Hasil kajian juga mendapati bahawa wujud perkaitan yang
signifikan di antara tahap pengetahuan ibu mengenai perkembangan dan
keperluan kanak-kanak dengan kebolehan membaca awal kanak-kanak.
Ibu di kalangan kanak-kanak yang sudah boleh membaca sedar mengenai
masa yang paling sesuai untuk mendedahkan sebarang bahan bacaan
kepada anak, keinginan anak untuk membaca, perlakuan anak untuk
mencuba membaca, penyediaan kemudahan bahan bacaan untuk anakanak,
tabiat membaca anak, dan kelebihan membawa anak bersiar-siar.HasH kajian mendapati bahawa wujud perkaitan yang signifikan di
antara pandangan ibu berkaitan dengan pendidikan anak-anak dengan
kebolehan membaca awal kanak-kanak. Ibu di kalangan kanak-kanak yang
sudah boleh membaca bersetuju bahawa pendidikan anak-anak adalah
penting, kerja sekolah yang diberi oleh guru bertujuan untuk anak.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Education, Primary - Malaysia - Sarawak |
Subject: |
Literacy |
Subject: |
Language and languages - Study and teaching |
Call Number: |
FEM 1998 3 |
Chairman Supervisor: |
Rohani Abdullah, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
23 Feb 2011 06:06 |
Last Modified: |
13 Sep 2011 04:48 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9849 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |