UPM Institutional Repository

Kesan penggunaan kaedah penyelesaian masalah POLYA-7E terhadap pembelajaran tajuk pembezaan dalam Matematik Tambahan tingkatan empat di Sepang, Selangor, Malaysia


Citation

Muhamad Sauki, Nur Izzah (2021) Kesan penggunaan kaedah penyelesaian masalah POLYA-7E terhadap pembelajaran tajuk pembezaan dalam Matematik Tambahan tingkatan empat di Sepang, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pendidikan Matematik Tambahan adalah salah satu bidang logik yang melatih minda untuk berfikir secara kritis dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik Tambahan juga merupakan salah satu bidang di bawah Matematik itu sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang mengatakan bahawa Matematik Tambahan sukar dipelajari. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah penyelesaian masalah tersebut (POLYA-7E) dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik Tambahan. Kajian ini mengabungkan kaedah penyelesaian masalah di antara model Polya dan 7E dengan memasukkan elemen pencarian kata kunci ke dalam kaedah tersebut yang diberi nama POLYA-7E. Kajian ini telah menggunakan pendekatan reka bentuk eksperimen kuasi dan temubual klinikal. Tiga soalan kajian telah diformulasi iaitu 1) Adakah terdapat perbezaan min skor ujian pra, ujian pasca antara kumpulan kawalan dan eksperimen? 2) Adakah terdapat perbezaan min skor ujian pra, ujian pasca untuk soalan KBAR dan KBAT bagi kumpulan kawalan dan eksperimen? 3) Bagaimanakah pelajar menjawab soalan KBAR dan KBAT setelah menjalani intervensi kaedah penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan? Soalan kajian pertama dan kedua telah dijawab dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu eksperimen kuasi. Manakala bagi soalan kajian yang ketiga telah dijawab iaitu kaedah kualitatif, temubual klinikal dengan menggunakan medium “Google Form”. Dua kumpulan dipilih dari salah satu sekolah di daerah Sepang di Malaysia, dengan 32 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 32 pelajar berada dalam kumpulan kawalan. Keduadua kumpulan mempunyai ciri yang setara dalam pencapaian berdasarkan peperiksaan PT3. Pencapaian pelajar dianalisis dengan menggunakan skor ujian pra dan ujian pasca. Hasil kajian menunjukkan bahawa min skor pelajar yang terdedah kepada kaedah penyelesaian masalah POLYA-7E lebih tinggi daripada pelajar yang terdedah kepada PK dalam ujian pasca dengan iaitu t (62) = 4.44, p = .00. Skor min bagi soalan KBAR meningkat dari ujan pra ke ujian pasca iaitu dari 7.43 ke 32.52. Manakala skor min bagi soalan KBAT juga meningkat dari .92 ke 14.49. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang terdedah dengan kaedah penyelesaian masalah POLYA-7E menunjukkan potensi yang lebih baik berbanding daripada PK. Implikasi kajian ini dapat dilihat melalui tiga konteks iaitu guru, pelajar dan negara. Pelajar yang terdedah dengan kaedah penyelesaian masalah POLYA-7E lebih mudah untuk menyelesaikan soalan KBAR dan KBAT di samping pembelajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran guru dianggap berkesan yang boleh dilihat melalui pencapaian pelajar. Manakala gred matapelajaran SPM bagi Matematik Tambahan akan bertambah baik.


Download File

[img] Text
FPP 2021 37 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Problem solving - Data processing
Subject: Mathematics - Problems, exercises, etc
Subject: Differential equations
Call Number: FPP 2021 37
Chairman Supervisor: Othman Bin Talib, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 25 Aug 2022 07:50
Last Modified: 25 Aug 2022 07:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98395
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item